Monday 8 December 2014

Monolog Hati part1

Bissmillahirrahmanirrahim ..



          Pernah tak kau dijudge secara tiba-tiba tanpa alasan yang jelas? Pernah tak?
Pernah tak kau dituduh macam-macam tanpa bukti yang kukuh?
Pernah tak kau rasa seakan dihina dengan sebaik-baik bahasa?
Pernah tak kau rasa seperti diperguna tanpa simpati? Pernah?
Pernah tak kau rasa hanya kau yang berhempas pulas menjaga perasaan orang? 
Pernah kau rasa semua tu?
Kalau pernah, mesti kau tau macam mana rasanya kan?
Sakit.
Perit.
Pedih.
Hanya Allah yang tahu.

Sedih?
Penat dengan semuanya?
Tertanya-tanya kenapa semua terjadi pada kau?
YA, tapi tu DULU. 
Masa aku terlalu bodoh dan tidak mengenal erti cinta yang sebenar.
Masa aku buta dan tak nampak hikmah disebaliknya.

Putus asa?
Mahu menyerah dan kalah?
TAK, itu bukan aku.
Sedih, penat, itu ya tapi untuk putus asa dan kalah TIDAK.
Perkataan tu tak akan aku gunakan dalam perjalanan hidup ni.
NO WAY!

Aku mula bangkit. Bangkit mencari jalan keluar dari anasir negatif ini. Aku mahu positif kerana positif tu antara kunci bahagia. 
Bukan mudah.
Memang bukan mudah untuk mencari jalan keluar bila diri telah diselubungi kegelapan dunia negatif.

Bayangkan ~
Bayangkan, kau berada di tempat yang gelap seorang diri.
Bayangkan setiap kali kau ingin bangkit, angin negatif akan bertiup umpama puting beliung hingga kau terduduk, hingga kau rasa tak berdaya untuk bangkit lagi. 
Mampukah kau melawan?
Mampukah kau berjalan kalau nak bangkit pun tak mampu?
Macam mana nak keluar dari dunia negatif tu?
Mungkin masa tu berputus asa adalah jalan terbaik.
Namun, berputus asa itu ibarat kau tunggu puting beliung tu datang dan musnahkan kau.
Kau sanggup mati?
Sanggup mati tanpa berusaha menyelamatkan diri?
Kalau kau rasa dengan cara tu boleh buat kau bahagia, kau buatlah.
Aku tak nak.
Payahkan nak cari jalan pulang? Ya, memang payah.
Tapi kalau kau berusaha segala yang susah akan jadi mudah.
Dan kau akan laluinya tanpa gundah.

Doa ku panjatkan buat Yang Maha Kuasa agar Dia terangkan mata hati untuk melihat segala hikmah disebalik semua ini.
Lama aku nanti, akhirnya Dia beri.
Dia beri aku kesempatan untuk melihat hikmah di atas segala yang terjadi.
Sejak tu, aku berhenti bertanya 'kenapa?' terhadap segala ujian yang Dia beri. 
Reda.
Reda kerana aku tau Dia akan tunjukkan pada aku hikmahNya.

Aku mulakan hidup baharu. 
Hidup dalam dunia positif. 
Allah tak beri aku kekayaan harta tapi Dia beri lebih daripada itu.
Dia beri mama, Dia beri kasih sayang, Dia beri ketenangan, Dia beri kebahagiaan, Dia berikan segala-galanya termasuk sahabat. 
Semua itu sudah lebih dari cukup buat aku. 
Aku bahagia.
Tapiiii ...


Bersambung ..
Hahaha
Bye!


-SN-




Wednesday 3 December 2014

Hello Dunia Baru~

Bissmillahirrahmanirrahim ..



          Nak delete ke tak? Nak delete ke tak? 
Rasa macam nak tapi macam tak nak. 
Nak delete 
tapiiiiii 
bila baca balik post post lama rasa sayang bangat nak buang. 
Fikir punya fikir punya fikir 
last last 
ambil keputusan nak tekan button DELETE 
tapiiiiii Noooooo!
TAK JADI lah heheh. 
Haaa so all the post is still here.
Boleh lah baca again and again.
Yeay! :D

Setelah sekian lama rindu terhadap blog sayang ni ku pendam dalam dalam akhirnya hari ni dapat juga ku luahkan. Oh bahagianya! bluek! jiwangnya aku. Pahal ni? hahaha
Sebenarnya just nak cakap Hello! I'm back!
Aku kembali untuk menulis sambil menghabiskan cuti yang ada. 
Semoga suatu hari apa yang aku tulis mampu dijadikan pengajaran atau dijadikan iktibar buat semua.

Oh ya nama blog yang baru, MENGGAPAI MIMPI ~
Mimpi? Semua orang pernah bermimpi. Bermimpi jadi kaya, mimpi jadi kuat macam power rangers dan macam-macam lah sebab mimpi ni hak semua orang.
Dan aku semamangnya jenis manusia yang punya banyak mimpi tapi belum jadi realiti. 
Mulanya disini, dengan azam hari ini aku janji akan gapai mimpi-mimpi dan jadikan ia sebuah realiti 
Bukan hanya mimpi aku tapi mimpi semua orang disekeliling ku.
Haaa besar impian tu. Bukan mudah nak tukar mimpi jadi realiti tau tapi dalam dunia ini tiada yang mustahil. Segalanya pasti!
Soooooo 
Here we gooooo!
Moga Allah bantu kau juga aku. 
Bye!


-SN-

Hikayat Seorang Aku : Kawan

Bismilliahirrahmanirrahim ..


Nama aku Aina Natasha. Pelajar tingkatan 4. Aku ni cuma pelajar biasa je kat sekolah. Tidak sehebat mereka. Popular? Jauh sekali. Tapi bukan popular yang aku cari, bukan glamour yang aku kejarkan. Cukup lah dengan apa yang ada, aku bahagia begini. Kurang dikenali, kurang masalah. Tak gitu?
Sahabat? Kawan? hmm.

Kawan. Aku tak punya ramai kawan tapi aku pernah ada macam-macam jenis kawan. Lebih banyak yang menyakitkan hati daripada yang menyenangkan hati. Boleh dikatakan 11% je yang okay, yang lain ke laut. Aku tak harapkan kawan yang perfect pun because I know that nobody is perfect except Nabi Muhammad SAW. but how could you feel kalau most everyday, ada je perkara yang dia nak sakitkan hati kau? Haih. It's killing me you know?

Nak kata aku ni lembut sangat, aku rasa tak adalah sangat tapi tak tau lah di mana silapnya daripada sekolah rendah sampailah sekarang aku selalu dipergunakan, dipinggirkan dan bla bla bla.. Bila susah atau perlukan pertolongan semua cari aku tapi bila senang hampeh. Aku seolah-olah tak wujud pun disisi mereka. Hey, aku pun manusia macam kau orang lah. Aku pun ada hati dan perasaan. Lupa ke woi?

Aku ingat lagi dulu, aku ada seorang kawan. Pada awalnya dia baik tapi lepas beberapa ketika dia berubah sebab jumpa kawan baru. Lebih teruk lagi bila dia couple. Bila nak keluar dating, dia akan bawa aku bagi memudahkan dia beri alasan kepada family dia. Bijak. Bila nak on the phone atau mesej dengan ehem, pinjam phone aku. Entah berapa banyak saham dosa yang aku dapat untuk watak tunggul kayu yang terpaksa aku lakonkan tu hmm.

Aku bahagia sangat bila Allah takdirkan aku keluar dari kehidupan mereka tapi kisah belum berakhir. Aku bertemu pula dengan seorang kawan yang lain. Kali ni lebih annoying. Macam biasa mula-mula baik but then hanya Allah yang tau. Kesabaran yang tinggi sememangnya amat diperlukan. Bila kawan yang dia sanjung-sanjung tu tak ada or tinggalkan dia or tak layan dia or tak ada orang nak teman dia pergi mana-mana or dia mahukan sesuatu baru sibuk datang cari aku. Kalau kawan-kawan lain ada aku ni macam patung je, macam orang bodoh kat situ. Bila dalam kelompok dia orang, nak bersuara pun fikir banyak kali. Kalau bercakap time tu sama lah macam bercakap dengan dinding. No respon. Lepas tu telunjuk dia je yang aku kena ikut, cakap dia je yang betul. Cakap aku? pendapat aku? Tak pandang pun. Hmm.

Bagi aku dipinggirkan, dipergunakan, ditunggul kayukan dan bla bla bla tu macam perkara biasa dah. Mana tak nya hari-hari lalui perkara yang sama sampai dah lali dah. Kalau dulu, aku akan menangis tapi sekarang aku akan tahan because I'm getting bored menangis disebabkan oleh manusia-manusia begini. Pendam dan terus pendam. Sakit memang sakit tapi apa daya ini takdirku. Hari ini bila aku muntahkan segala rasa ini bukan kerana aku benci pada takdir. TAK. Mana mungkin aku benci pada takdir yang dicorakkan Allah untuk aku, aku hanya hamba yang lemah lagi hina. Tak layak untuk aku  pertikaikannya. Luahan ini hanya untuk memberi kesederan kepada manusia supaya mereka insaf dan tak ulangi perbuatan seumpamanya terhadap insan lain.
Itu sahaja tujuan aku.
Hanya itu.

Note: Kisah yang aku cedok dari sekeliling aku. Tak semua kisah ku. Aku juga mencedoknya dari teori buku.

-SN-

Tuesday 3 June 2014

Penerangan Tentang 'Hikayat Seorang Aku'

Bismillahirrahmanirrahim ..


          Syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini Dia masih mengizinkan aku,kau dan dia untuk bernafas dan menikmati segala nikmat kurnian-Nya. Alhamdulillah! 
Sudah lama aku nantikan saat ini. Saat dimana aku dapat kembali ke sini dan menulis sesuatu.
Alhamdulillah tercapai jugak hasrat tu. Here we go!

Hari ni aku nak cerita tentang gaya penulisan yang aku nak cuba selami. Aku tak tau gaya penulisan ni dinamakan sebagai gaya penulisan apa sebab aku tak belajar bidang ni. Apa yang aku boleh cakap gaya penulisan ni ala-ala nak buat karangan "aku sebuah komputer" atau "aku seutas jam" yang pernah aku karang waktu zaman sekolah rendah dulu. 

Gaya penulisan macam tulah yang aku nak cuba ketengahkan tapi lain sikit. Apa kata orang? Sama tapi tak serupa? haa macam tu lah.

Cerita tu akan ada tajuk besar dan kecil. Lebih kurang macam cerita Kifarah kat Tv3 yang disiarkan pada setiap hari Jumaat tu lah. Contoh : tajuk besar dia Kifarah, tajuk kecil Duit. haa macam tu. Faham tak? Kalau faham bagus, kalau tak faham buat-buat faham je lah boleh? hihi.

Tajuk besar yang aku dah pilih ialah 'HIKAYAT SEORANG AKU' dan tajuk kecilnya akan berubah mengikut cerita apa yang aku nak sampaikan. Dalam setiap cerita aku akan cuba wujudkan watak yang berbeza. Contoh : watak tukang kebun, watak doktor kasut. Melalui watak tersebut aku akan selami jiwa mereka dan masukkan mesej-mesej tertentu.

Okay, apa yang aku nak tegaskan dekat sini ialah walaupun tajuk dia Hikayat Seorang Aku tapi cerita dia tak semestinya tentang aku. Cerita dia boleh berkisarkan pengalaman orang lain, pengalaman aku, pengalaman orang lain dan aku yang digabungkan atau apa-apa sahaja. Ada faham? Bagus.

Orite, rasanya cukuplah sampai disini dulu penerangannya. Post yang akan menyusul nanti mungkin puisi atau cerita tentang Hikayat Seorang Aku.
Assalamualaikum.Bye.

-SN-

         

Monday 14 April 2014

Tips-tips melupakan :)

Bismillahirramanirrahim ..


          Post sebelum ni dah cerita pasal PERIHAL MELUPAKAN, sekarang nak cerita adik-beradik dia pulak iaitu TIPS-tips MELUPAKAN. 

Okay malas nak cakap banyak.
Tips-tipsnya adalah seperti berikut :

~> Niat Lillahitaala. Niat adalah sangat PENTING sebelum kita buat sesuatu. Kalau kita niat kerana Allah InsyaAllah Allah akan bantu kita terutamanya kalau tujuan kita baik lagilah Allah bantu. Percayalah.

~> Doa. Lepas dah niat, jangan lupa berdoa banyak-banyak supaya Allah beri petunjuk dan mudahkan segala usaha yang kita bakal , sedang atau telah lakukan. Usaha tanpa doa adalah tidak bermakna.

~> Tetapkan pendirian. Kenapa kena tetapkan pendirian? Sebabnya hati kita ni mudah berubah. Ibarat lalang, bila ditiup ke kiri maka ia ke kiri dan begitu juga sebaliknya. Jadi kalau tiada pendirian nanti mudah rebah, itu pasal mission asyik failed je. Bila dah ada pendirian tolong lah BERPEGANG TEGUH padanya kalau tak sia-sia je beb!

~>  Buang segala benda yang berkaitan dengan apa yang kita nak lupakan. Kenapa kena buang? Sebab kalau tak buang nanti bila tengok dok terkenang. Kalau sayang nak buang bagi lah kat sapa-2, janganlah jadi mangkuk ayun sangat. Kalau tak nak buang boleh je asalkan hati lu memang kental dan boleh bertahan. Semuanya berbalik pada diri sendiri.

~> Jauhkan diri / dekatkan diri. Terdapat dua situasi di sini, first kena jauhkan diri, second kena dekatkan diri. Jauhkan diri. Situasi macam mana memerlukan kita jauhkan diri? Contoh, dulu kau couple, sekarang kau berhijrah, so jauhkan diri dari  pakwe/makwe kau sehinggalah kau STABIL dan boleh handle perasaan dengan baik. Dekatkan diri. Okay, pergi cari kawan yang awak rasa boleh beri awak semangat supaya awak kuat hadapi jalan yang awak pilih atau dekatkanlah diri dengan apa-apa sahaja yang boleh buat awak lupakan semuanya.

~> Rindu / teringat / terkenang. Perkara ni lumrah, normal lah tu cuma kita kenalah pandai kawal. Bila datang je segala mak nenek tu tepis lah dengan istigfar sampai hilang. Halau semua benda tu dari kotak fikiran.

INFO : Otak terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Cerebrum, Cerebellum, Medulla Oblongata. 
CEREBRUM berfungsi mengawal semua VOLUNTARY ACTION , MENTAL ACTIVITIES like thinking, memory,learning dll , Senses activities , Movement activities.

So tak payah nak bagi alasan yang korang tak boleh nak kawal perasaan / fikiran korang tu eh? 
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih!

~> Lawan perasaan. Jangan diikutkan sangat perasaan tu. Contoh, kalau sedih, jangan ikut je perasaan sedih tu. Kena hakis sikit. Jangan terlalu lemah, lembik. Jangan biarkan perasaan kawal kita. Kita yang kena kawal perasaan.

~> Motivasikan diri. Diri wajar dihargai. Jadi kalau kita berjaya lupakan sikit je pun ucap lah tahniah kat diri sendiri. Lagi satu, kalau boleh setiap hari bagilah kata-kata semangat kat diri sendiri. Lagi elok kalau setiap kali teringat tu cakap kat diri sendiri "aku boleh lupakan" atau "aku kena lupakan" atau "aku tak boleh macam ni, aku nak keluar dari perasaan ni" atau " aku kuat" atau apa-apalah ikut citarasa masing-masing.

~> Kawan-kawan. Memang tak boleh dinafikan ada sesetengah kawan yang suka usik-usik kita dengan perkara yang kita nak lupakan. Jadi bila kita terpaksa hadapi masalah macam ni, cara terbaik ialah bagitau dia orang yang kita betul-betul nak lupakan semua tu, bagitau mereka yang kita harap sangat dia orang dapat bantu dengan cara tak bercerita / usik kita tentang perkara yang kita nak lupakan tu dan minta dia orang tolong doakan kita sekali.

~> Sabar. Dalam hal ni sabar sangat penting sebabnya kita tak akan boleh nak melupakan dalam masa 1 hari. Perkara ni perlukan masa. Berapa lama? Bergantung pada individu tersebut sebab setiap orang berbeza.

~> Jangan putus asa. Kalau baru gagal sikit dah nak putus asa memang tak ke mana lah. Ibarat tanam pokok. Tanam sebulan dah tapi pokok belum berbuah, putus asa, biarkan pokok tu, pokok mati, sampai mati lah kita tak merasa makan buah hasil dari pokok tu. Sama lah juga dengan hal melupakan ni.

~> Solat Sunat. Kalau nak lebih baik, Boleh buat solat taubat. Bertaubat pada Allah,mudah-mudahan lebih tenang. Boleh juga buat solat hajat. Minta pada Allah supaya mudahkan segalanya. Buat solat istigharah pun boleh. Minta pada Allah supaya berikan kita petunjuk.

~> Tawakal. Usaha dah, doa pun dah sekarang bertawakal lah kamu kepada Allah. Serahkanlah segalanya kepada Allah sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Okay, rasanya tu je kot. Tak ingat dah, rasanya cukup lah kot. Haaaa ingat ni, semat dalam kepala kat otak, USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN.

One more, aku hanya menulis, bagi idea melalui apa yang Allah ilhamkan pada aku je tapi yang Maha Berkuasa tu Allah, bila Dia kata jadi maka jadi lah. So berbaliklah kepada Dia, Sang Pencipta yang mulia.

Mengapa harus sedih andai boleh bahagia?
Mangapa harus menangis andai boleh ketawa?
Mengapa harus takut andai boleh berani?
Mengapa harus mengingati andai melupakan itu lebih baik?

Hidup dalam fantasi atau realiti?
Kita yang tentukan.

Sekian,
-SN-


Friday 11 April 2014

Perihal Melupakan

Bismillahirrahmanirrahim ..


          Ramai yang berpendapat MELUPAKAN sesuatu, seseorang atau apa-apa je perkara yang pernah singgah dalam hidup kita tu SANGAT PAYAH. 

Dialog seperti "kau cakap senanglah, aku yang nak lupakan bukan kau" , "kau tak tau apa yang aku rasa" dah selalu sangat aku dengar. 

Melupakan tu adalah satu PILIHAN dan yang membuat pilihan tu adalah KITA. Kita yang pilih untuk lepaskan semuanya pergi atau ikatnya dalam hati. Jadi salah siapa kalau kita masih tak boleh melupakan apa yang kita nak lupakan? Salah kita lah. 

Dialog ni pun dialog biasa jugak dalam hal ni, 
"aku nak lupakan semua tu tapi aku tak mampu, aku tak boleh" 
See, belum apa-apa lagi dah cakap "aku tak mampu , aku tak boleh" macam mana nak berjaya lupakan perkara yang nak dilupakan tu?

Nah, cuba hayati lirik lagu ni.

"Jika kau fikirkan kau boleh,
kau hampir boleh melakukan,
jika kau fikirkan ragu-ragu,
 usaha mu tidak menentu.

Jika kau fikirkan kekalahan,
kau hampiri kegagalan,
jika kau fikirkan kemenangan,

kau hampiri kejayaan.

Engkaulah apa kau fikirkan,
Terkandung dalam pemikiran,
Kau fikir boleh melakukan,
fikirkan boleh! 

Percaya apa kau lakukan,
Tabah apa kau usahakan,
Bertindak atas kemampuan,
Engkau boleh!"

Haaaaa apa lagi alasan lu nak bagi? Bukan gua je yang cakap semuanya bermula dari diri sendiri, orang yang cipta lagu tu pun cakap benda yang sama. Apa maksudnya tu? Maksudnya, apa yang chek dok habaq kat ataih tu bahawa melupakan adalah satu pilihan bukan cakap kosong noh.

Kehidupan hari ini adalah REALITI. Terima hakikat yang tiada satu hal pun dalam dunia ini yang kekal selamanya. Segala yang kita miliki adalah pinjaman dari ALLAH, tiba masanya kita pasti harus memulangkan kembali apa yang kita pinjam.

Hiduplah dalam kenyataan, bukan fantasi, bukan ilusi. Sampai bila nak hidup dalam kenangan? Sampai bila nak hidup dalam bayangan? Kalau kita enggan melangkah kita tak akan kemana-mana.

Sekian.
-SN-

Friday 28 March 2014

Teguranku ..

Bismillahirrahmanirrahim .. 



Sesuatu yang harus aku akui memainkan dua peranan dalam masa yang sama sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah. Kesabaran dan keupayaan berfikir secara rasional sangat diperlukan ketika menghadapi situasi begini. Hingga ke saat ini, aku masih mencari-cari di mana titik yang sesuai untuk aku berdiri agar tidak tergelincir dan peranan tersebut dapat dimainkan dengan baik. 

Tak perlu banyak berceloteh biarkan saja puisi bercerita.


Sahabat ,
Terkadang hati bimbang ,
Teguranku mengguris hatimu ,
Telahku cuba lembutkan tutur bicara ,
Telahku tapis segala bahasa ,
Maaf andai nasihatku masih membuatmu terluka .

Ya, mungkin aku sukar dimengerti ,
Kerana sikapku suka membuang pandangan menyelami hati ,
Mungkin kata-kata ku juga sukar difahami , 
Kerana kiasan bertaut di lidah seakan sebati .

Tapi percayalah niatku Lillahitaala ,
Tiada tersembunyi sebarang agenda ,
Tegurku kerana ukhuwah yang terbina ,
Kerana kasih yang tercipta , 
Moga-moga tidak terlerai ikatan cinta ,
Kekal hingga ke syurga .


Kata Imam Hasan Al-Basri "Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik daripada kalangan kamu atau orang yang paling soleh, kerana aku juga pernah melanggar batas-batas ku, Andai seseorang itu hanya boleh menyampaikan dakwah apabila dirinya sempurna, maka tidak akan ada pendakwah. Jika itu berlaku maka sedikitlah orang yang memberi peringatan"

Sekian.

Nobody is perfect and same goes to me.
Kalau aku salah, salahkan aku BUKAN Islam agama ku.
Masih belajar ertinya dunia dan nilai agama yang tak ternilai.
-SN-


open minded dan malu


Bismillahirrahmanirrahim ..


Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas hingga ke saat ini dan masih bisa melarikan jari jemari ini di atas keyboard , Alhamdulillah ! 

"Malu pada seorang wanita itu sebenarnya , 
di situ lah letaknya keindahan dan kecantikannya ..."

Lagu ini dihantar melalui group whatsapp MADS KL semasa aku sertai kempen tersebut pada 28December2013. Hati sememangnya sudah terpaut saat pertama kali mendengar lagu tu. Liriknya mengetuk kamar hati. Cukup indah. 

Aku punya satu hobi yang telah lama sebati dalam diri. Aku suka tengok tingkah laku manusia. Ada yang pelik, ada yang menghiburkan dan tak kurang juga ada yang mampu membuatkan aku berfikir. 

Suatu hari di suatu tempat semasa aku baru selesai solat aku terdengar dialog antara seorang perempuan dan seorang lelaki. Melihat dari cara dia orang bercakap aku rasa dia orang ni kawan. 
Okay, bunyi dialognya lebih kurang begini , 

P: kau kenapa patah balik? tak ada air nak ambil wuduk?
L: ha'ah tak ada air, kau orang dah solat?
P: dia dah (sambil tunjuk ke arah rakannya) 
L: ouh.
P: aku , kau jangan tanya lah kenapa aku tak solat , faham-faham jelah. (sambil gelak kecil)
L: (hanya senyum)

Aku yang tengah pakai kasut masa tu secara tak sengaja menyaksikan situasi tersebut. Aku terfikir apa motif perempuan tu cakap "aku, kau jangan tanya lah kenapa aku tak solat, faham-faham jelah. (sambil gelak kecil)" sedangkan lelaki tu langsung tak tanya pun. Hairan.

Oh ya, aku lupa sekarang ni dunia dah maju, semua orang kena "open minded" dalam semua hal. Persoalannya adakah dalam hal seperti ini juga kita harus "open minded" ? Setiap orang ada pendapat masing-masing tapi pada pendapat aku kalau ya pun nak "open minded" berpada-pada lah. 
Hal ni adalah hal dalaman, rasanya tak perlu lah nak bagi tau orang lain terutamanya ajnabi. Lagipun, lelaki tu tak tanya pun, yang sibuk nak bagi tau tu kenapa? 

Itu yang jenis cakap berdepan, yang jenis yang suka tweet dan update status tak cerita lagi. 
Maklum lah teknologi dah moden lah katakan. Aku pula yang malu bila berdepan situasi macam ni -,-

"open minded" tu memang perlu tapi kena lah pada tempatnya. Contohnya sakit dalam hal perempuan dan kebetulan memang dah tak ada doktor perempuan pada masa tu, contoh lagi semasa menuntut ilmu, ustaz yang mengajar dalam bab ni, jadi pada masa tu sesuailah kalau istilah "open minded" tu digunakan.  

Kesimpulannya, bagi pendapat aku, "open minded" perlulah diiringi dengan sifat malu terutamanya bagi seorang muslimah baru lah terserlah keindahan dan kecantikkannya tu.

Sekian,

Nobody is perfect and same goes to me. 
Kalau aku salah, salahkan aku BUKAN Islam agama ku.
Masih belajar ertinya dunia dan nilai agama yang tak ternilai.
-SN-