Thursday 5 March 2015

puisi : Rasa

Bismillahirrahmanirrahim ..



Entah soalan yang ke berapa,
Aku pun tak pasti,
Yang pasti,
Ruang nafas ini terasa makin sempit dan sesak.

Inilah perasaannya, 
Saat kau asyik fikirkan apa orang rasa,
Mereka bertanya dan kau tak mampu nak berkata-kata,
Mereka hampa dan kau dihimpit rasa.

Beginilah rasanya,
Bila kau menjadi harapan,
Bila kau menggalas amanah dan tanggungjawab,
Tapi semuanya musnah.

Bukan tak bersyukur,
Bersyukur sangat untuk diri sendiri,
Tapi mengenangkan harapan mereka tak mampu kau galas dengan baik,
Rasa bersalahnya tu tak dapat aku gambarkan.

Sebab itu segala pertanyaan aku biar sepi,
Bukan menyembunyikan hakikat,
Tapi berilah aku ruang mencari sesuatu untuk dibawa pulang,
Tunggu hingga cebisan harapan yang aku musnahkan dapat aku cantumkan.

Dan saat itu aku akan bersuara membawa berita gembira,
Melenyapkan segala rasa membunuh jiwa,
Bukan sekadar janji tapi tekad,
Tunggu saat itu.

          

    puisitepilongkang
                              
  -SN-


Sunday 1 March 2015

Result vs Mati. Mana lebih mendebarkan?

Bismillahirrahmanirrahim ..
           


   Sila baca tajuk entry ni.
    Apakah jawapan mu?
       
     Dah dapat jawapan? Scroll.



























Majoriti pelajar akan menjawab mati lebih mendebarkan jika nak dibandingkan dengan result yang bakal keluar.
Benar. Benar mati itu lebih mendebarkan.
Tapi ..
Mengapa result yang lebih kita risaukan?
Siang malam termimpi-mimpi, pagi petang ternanti-nanti ~
Tengiang-ngiang dekat telinga ni orang tanya "berapa A?"
Takutnyaaaaaaaaaaaaaaaaa!
--> Kita risau sangat bila nak ambil result seolah-olah result tu segalanya.
Time exam dulu kan kita dah bertungkus lumus belajar, bersengkang mata buat revision, bekejaran ke kelas-kelas tambahan. Ye dok? So apa yang perlu ditakutkan lagi?
Mati. Persedian apa kita dah buat sementara nak tunggu mati? Solat tahajud, taubat, dhuha, istigharah kadang-kadang buat, kadang lupa yang dibuat-buat. Kita tak risau pun? Langsung tak takut pun? Sedangkan mati tu tak siapa tahu bila, dimana dan mengapa.
Sekurang-kurangnya kalau ambil result kita tahu tarikh dan masanya, tempatnya dan sebab excellent atau tidak result kita tu tapi kita masih lagi takut. Kenapa?
"Kalau tak dapat banyak A hancurlah masa depan aku"
Masa depan itu terletak pada Qada' dan Qadar Allah bukan pada SPM atau final exam. Ada orang dapat straight A's tapi akhlak entah apa-apa, dia hanya cemerlang dunia. Ada orang dapat result biasa je tapi akhlaknya baik, auratnya dijaga, suka tolong orang, dia cemerlang akhirat maka dia mendapat kecemerlangan di dunia juga. Jadi kalau spm atau final exam tak gempak pun tak apa, bukan Allah murka. Rezeki itu sentiasa ada, mohonlah dari Pemiliknya.
Nak dengar cerita yang lebih scary dari result SPM tak? haaa meh sini ceq nak habaq.
Cerita dia berbunyi macam ni.....
Note : sila baca dalam nada sayu dengan background music sedih.
Pada suatu hari kau terjaga dari tidur mu, kau rasa pelik melihat ibu mu sedang menangis. Kau panggil ibu tapi ibu tak dengar suara mu, ibu asyik menangis. Kau menjerit memanggil nama ibu tapi "ibu kenapa bu menangis bu? Bu? Jawablah bu? Bu?" Berkali-kali kau memanggil ibu tapi ibu langsung tak menghiraukan mu, ibu bagai tenggelam dalam dunianya sendiri. Kau berasa amat sedih. Kau pergi untuk mendapatkan ayah. Semasa kau lalu ruang tamu rumah kau nampak ramai orang, mereka sedang membaca surah Yassin, mata mu terarah pula pada sekujur tubuh yang terbaring kaku. "Siapa pula yang meninggal dekat dalam rumah aku ni?" Kau dekati jasad tersebut. Alangkah terkejutnya dirimu apabila mendapati itu adalah JASAD MU! "Aku dah mati? Tak, tak mungkin, aku kan muda lagi? Tak  mungkin secepat ni aku mati?" 'Mati itu tidak mengira usia' bisik hati mu. "Tidakkkkkkkkk!" Kau keliru, sedih, tak percaya. Perasaan mu bercampur baur. Kau tak mampu menahan perasaan mu, kau menangis sungguh-sungguh. "Hakikat ini terlalu perit untuk diterima Ya Allah" Wajah mu lencun dengan air mata, kau cuba menggoncangkan jasad mu agar bangun. "Ya Allah, kenapa secepat ni? Aku belum bersedia, aku tak sempat bertaubat, aku tak sempat buat persediaan untuk kehidupan selepas mati, aku minta maaf, tolong hidupkan aku semula, berilah aku peluang, aku mohon Ya Allah" Saat itu, menangislah air mata darah sekalipun, segalanya tak akan berubah.
Setelah selesai dikebumikan, ibu ayah sanak saudara jiran tetangga pun meninggalkan kawasan perkuburan. "Ibu, ayah jangan tinggalkan orang seorang diri, orang takut. Ibuuuuuuu! Gelap bu, sunyi orang takut bu, jangan balik bu, tolong lahhhhh"
Kau telah ditakdirkan untuk pergi dari dunia penuh dusta ini, dalam keadaan kau mati tapi kau tak sempat nak study ilmu akhirat, tak sempat buat persediaan apa pun. Tiba-tiba Munkar dan Nangkir datang untuk memberikan soalan exam, kalau cemerlang kau akan ke syurga, kalau gagal kau akan ke neraka. "Siapa Tuhan mu?" Kau tak study ni, kau rasa kau boleh jawab soalan tu? Kat dunia boleh lah, soalan budak tadika je tu tapi tu dekat dunia, ini dalam kubur depan malaikat, mampu kau jawab?
Kau tahu? Kalau kau gagal jawab soalan dalam kubur, gagal dalam exam akhirat, hidup kau lagi hancur dari gagal SPM, melebur lah kau dalam neraka jahannam. Kau nak? Tak nak kan? Berubah lah sebelum terlambat.
                     -The end-
Okay point seterusnya.
--> "Kalau result tak bagus nanti orang pandang rendah, pandang aku hina"
Orang pandang rendah takut? Yang Allah pandang kau dengan pandangan hina kau tak rasa apa? Redhalah dengan ketentuanNya. Sesungguhnya Dia hanya akan memberikan yang terbaik sahaja untuk kita. Bersyukurlah apa adanya result tu.
--> "Kalau result teruk confirm orang akan compare aku dengan orang lain."
Biarlah orang nak cakap apa, bukan dia yang ada dengan kau waktu susah senang kau pun. Kalau orang tanya
"kenapa teruk sangat result kau ni?" "Saya pun tak pasti, tapi saya yakin pasti ada hikmah disebalik semua ni, emm macam ni lah cuba awak tanya Allah sebab hanya Dia je ada jawapan untuk soalan awak tadi." Settle. Fuh!
Watlek watpeace okay? You dah usaha yang terbaik maaa. Belajarlah hargai diri sendiri. Say "You've done your best dear self, thank you! I love you!
--> "Nanti saudara mara, jiran tertangga, sahabat handai keluarga semua sibuk bertanya. Kalau result cukup makan je nanti malu lah :'("
Breath in, breath out, in, out, hah! Okay relax. Macam ni kalau dia orang kepochi tanya dan cakap macam-macam kau jawab jelah. Buat muka seposen je. Ingat! Ketentuan Allah adalah yang terbaik, ketentuan Allah adalah yang paling indah dan setiap yang berlaku itu adalah atas kehendak Allah. Apa pun result kita bersangka baiklah dengan Allah. Jangan pernah tanya "kenapa?" "Kenapa Ya Allah Kau bagi result yang tak seperti aku harapkan?" Please! Please jangan tanya macam tu, PASTI ADA SEBABNYA KENAPA ALLAH BAGI KAU RESULT MACAM TU. Mungkin kalau result kau bagus kau bongkak, riak, ujub dan sebagainya. Kau je tak sedar, kau je tak nampak lagi hikmahNya tu.
So conclusionnya ialah.....
Bila terima result tak seperti kau impikan please HUSNUZON DENGAN ALLAH, REDHA, BERSYUKUR, MOVE ON. Ini bukan garisan penamat, ini garisan permulaan. Mulakan semula, ubah kesilapan lama, jangan putus asa!
Bila result kau gempak debaboom please JANGAN BONGKAK, SOMBONG, RIAK. Jangan kau hinggat kau bagus sangat. Kau dapat result bagus macam tu bukan sebab usaha gigih kau semata tapi sebab ALLAH KATA "KUN FAYAKUN" , DOA PARENTS, DOA PARA GURU, DOA RAKAN-RAKAN DAN DOA SEMUA. Jangan nak kecoh lebih-lebih. Please be HUMBLE!
Last but not least please remember yang gagal SPM tu tak bawa kau ke neraka pun, chill lah. Kalau gagal jawab soalan time mati haaaaa itu baru patut kau tak boleh chill. Okay?
GooD LUCk! Wish you all the best!
                             
                         
       Note : Aku mengingatkan kerana aku sendiri sering terlupa.
                               -SN-