Sunday 17 December 2017

Jangan jadi looser!

Bismillahirrahmanirrahim ...

Marah. Sebuah perasaan yang hadir saat kau sedang cuba untuk bersabar, saat kau sedang berusaha untuk mengawal emosi, saat kau sedang sibuk mengatur langkah dalam hijrahmu. Wahai pipi hari ini biar aku tampar diri mu agar kau tidak terlupa akan doa-doa mu. Setiap hari dalam sedar mu, dalam sujud mu, di atas sejadah rindu kau tadahkan tangan memohon pada Sang Pencipta agar diberikan ketabahan, kekuatan, kesabaran. Lalu Allah hadirkan ujian untuk kau tempuh dan disebalik ujian itu Allah akan hadiahkan segala yang kau pinta. Sabar, tabah, kuat semua akan kau miliki bila semuanya selesai tapi apa yang kau lakukan? Kau kalah dengan ujian? Kalah dengan emosi sendiri? Come on, wake up! Jangan jadi looser!

Thursday 23 March 2017

Jiwang ke jiwang?πŸ˜…

Bismillahirrahmanirrahim ...

Orang kata hidup ini umpama sebuah perjalanan. Perjalanan mencari bekalan untuk dibawa pulang ke rumah lain alam. Betul lah tu. Hidup ini memang sebuah perjalanan, umpama musafir kerana dunia ini hanya persinggahan sebelum kita sampai ke destinasi kita yakni syurga tempat mulia disisiNya. Dan semua itu aku terjemahkan dalam kata-kata yang mungkin pada mereka hanya status jiwang biasa tanpa makna.

Dulu, masa zaman aktif Facebook orang cakap aku jiwang bila selalu post status puitis yang orang tak faham. Orang selalu ingat aku bercinta, ada pakwe hanya sebab status-status yang diaorang sendiri tak nampak kepada siapa aku tujukan kata-kata tu. Mungkin yang terbayang di kotak imaginasi mereka hanyalah seorang ajnabi yang aku cintai. Sampai ada jugak lah yang panggil aku budak jiwang.πŸ˜‚πŸ˜…

Terbang hinggap di pohon rindu,
Menebar rasa yang tak pernah layu,
Dalam perjalanan yang tiada ragu,
Mungkinkah indah tempat beradu?
                                           
Jiwang tak? Hahahah.. Nampak macam orang tengah bercinta ke? Tang mana oi πŸ˜… Jiwang pada tempatnya tu tak salah kot rasanya, yang salah bila kau dok acah jiwang till jannah dengan ajnabiπŸ˜„πŸ˜‚ Haih, puitis itu jiwa. Tak semestinya kena berbunga bahagia atau kecewa bercinta baru boleh berpuitis. But yaa it's actually helps a lot. Mungkin ayat-ayat kau akan lebih puitis bila kata-kata tu datang dari hati. Pengalaman hidup tu akan buatkan kau lebih pandai bermain kata sebab tu kita kena bersyukur dengan segala ujian dan dugaan yang Allah berikan. Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya dan mungkin ni salah satu hikmahnya. You can use your word to motivate people. πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻

Terbang hinggap di pohon rindu. Manusia itu fitrahnya baik. Rindu akan kebaikkan dan ingin selalu kembali kepada kebaikkan walaupun kadang masih tercari-cari jalannya. Menebar rasa yang tak pernah layu. Rasa rindu itu kadang membuak hingga hati tak tenang. Kejap rasa sedih, kejap rasa menyesal, kejap rasa nak bangkit berlari, kejap rasa tak mampu. Rindu tu menyakitkan bila kita tak dapat genggam apa yang kita rindu. Complicated. Sungguh hijrah itu senang tapi istiqamah tu bukan kacang. Lebih menyakitkan bila amalan yang menjadi rutin dulu hilang ditelan laghanya kehidupan sekarang dan untuk berpatah balik menjadi seperti dulu payah sebab hati hitam penuh kekotoran. Tapi sebagai manusia yang fitrahnya rindu akan kebaikkan pasti rindu itu tak kan pernah layu walau usia dimamah, zaman ditelan.

Dalam perjalanan yang tiada ragu. Ya. Perjalanan sebagai seorang muslim, yang berpegang pada kalimah tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad itu persuruh Allah adalah perjalanan yang tiada keraguan. Jalan ini jalan benar dan aku bersaksi. Mungkinkah indah tempat beradu? Dan bila aku dipanggil pulang dengan bekalan yang ada ini yang mana entah cukup atau tidak untuk menampung kehidupan di sana agak-agaknya indah atau tidak tempat beradu? Atau jahannam dek kerana saham tidak cukup untuk membina kamar indah.

Apa pun sementara masih ada masa kita harus terus belajar dan belajar. Hijrah dan terus hijrah daripada negatif kepada perkara yang lebih positif. Hidup ni tak lama pun. Kejap je. Apalah sangat ujian kat dunia ni jika nak banding dengan ganjaran yang Allah janjikan kelak. Kan? Marilah bermuhabah diri.

Friday 17 March 2017

Isi dunya

Bismillahirrahmanirrahim ...

Tika dunia meracuni,
Manusia mendustai,
Menghancurkan segenab sanubari,
Perlahan-lahan aku mati,
Walau kaki masih utuh berdiri.

Bila bahasa jiwa dilemparkan ke kanvas putih, selerak jiwa pasti bertukar kemas walaupun tiada yang faham dengan bahasa yang entah apa-apa ni. Tapi nak kesah apa kan? Janji hati lega. Tak perlu jadi A.Samad Said pun untuk berkarya. Kita bebas jadi apa saja yang kita suka. "Sebab saya nak jadi semua, hidup ini cuma sekejap sooooo kita enjoy! Erk πŸ˜¦πŸ˜…

Sebenarnya dunia tu tak beracun pun tapi isinya yakni manusia yang beracun. Manusia selalu berdusta, menipu, tak jujur. Kenapa eh ramai yang lebih suka pilih jalan susah sedangkan berterus terang tu lebih mudah? Look, memang berterus terang tu mungkin pahit atau mungkin menyakitkan hati sesetengah pihak tapi membahagiakan dengan pembohongan tu bukan jalan penyelesaian dan tak mungkin dapat selesaikan apa-apa pun. At least kalau berterus terang (walaupun menyakitkan) akan  membuka peluang kebahagian baru yang mungkin lebih baik sebab every ending is a new start. So kenapa nak seksa hati sendiri dan halang kebahagian baru yang lebih baik yang dia bakal dapat kalau kau akhiri segalanya? But you know cakap memang lebih mudah dari melaksanakanπŸ˜•πŸ€·πŸ»‍♂️🀦🏻‍♂️

Dannnn disebabkan sikap tak berterus terang, suka menipu, tak jujur semua ni lah yang akan buat segenab sanubari manusia ni hancur, retak, berkecai bila dapat tahu sesuatu tu sendiri atau dari orang lain dan bukannya dari orang yang kita betul-betul sayang, betul-betul percaya. Sakitnya tuh disini weh πŸ’”πŸ’” hahaha. Dan perlahan-lahan aku mati walau kaki masih utuh berdiri. Ya. Memang kaki masih utuh berdiri, Alhamdulillah jasad juga masih bernafas tapi kepercayaan tu mungkin dah mati. Kau ingat senang nak bina kepercayaan? Dan bila dah siap dibina orang musnahkan. Kau ingat senang nak bina balik? Tak. Memang tak dinafikan semua orang buat silap tapi you know kalau kau pernah buat sekali potensi untuk kau buat lagi tu tinggi. So agak-agak kalau kita ni punca seseorang hilang kepercayaan terhadap orang lain, kita akan tenang ke? Tepuk dada, tanya iman.

Sunday 12 March 2017

Jauh.

Bismillahirrahmanirrahim ..

Jauh...
Semakin jauh,
Walau tak ingin berlari.
Semakin jauh,
Walau tak berniat untuk pergi.
Mungkin terhanyut,
Hanyut dalam arus yang deras.
Mungkin mati,
Mati dalam hati.
Ingin kembali,
Walau kaburnya pandangan.
Ingin kembali,
Walau payah mengatur langkah.
Allah.πŸ˜”

cinta, jodoh, kahwin ???

Bismillahirrahmanirrahim ...

Susun katanya memikat,
Membuatkan banyak hati tertambat,
Dahi licin dahi dongga semua sebat,
Itulah dia si buaya darat.

You know, zaman sekarang there are so many people yang lebih suka jadi buaya dari jadi manusiaπŸ˜‚ Baik lelaki mahupun perempuan sama je. Kalau perempuan tak buat hal lelaki buat hal, dah lelaki baik ehhhhh perempuan pulak yang buat hal. Well ini lah DUNIA yang penuh dengan cerita-cerita  cinta❤️😁. Cinta ni indah sebenarnya kalau betul letak tempatnya lah. Yang indah sementara cuma dan kemudian penuh dengan pahit hempedu ni bila cinta tu tersalah letak ye dok? Tapi kalau nak bercakap tentang cinta nih I'm not the right person to talk to. Serious. Tak pernah arif pun dalam bab-bab ni. Apatah lagi kalau soal jodoh bagai ni. But actually there's one thing that always come into my mind bila semua orang sibuk bercerita tentang jodoh, kahwin semua nih di mana mungkin sebahagian besar daripada mereka rasa perkahwinan will always equal to happiness.

'Cinta itu sesuatu yang indah bila kau cinta Allah, kau cinta sesuatu atau seseorang atau apa-apa perkara Lillahitaala.'

'Jodoh itu adalah hadiah istimewa yang menjadi rahsia Allah. Jodoh ni tak datang bergolek, perlu usaha jugak. Usaha seperti doa, istigharah, persiapkan diri dengan ilmu dan sebagainya sebab jodoh ni umpama cerminan.'

'Perkahwinan tu satu tanggungjawab yang besar bukan semata-mata I ❤️ you, you ❤️ me je. Ilmu yang telah kita persiapkan tu, masa ni lah nak guna untuk pikul tanggungjawab.'

Dan the thing that always come into my mind bila sebut tentang cinta=jodoh=kahwin ni ialah "perempuan itu umpama madrasah buat anak-anak" jadi persoalan yang kemudiannya akan muncul dalam benak ini ialah "adakah aku madrasah yang baik? Atau sekurang-kurangnya hampir menjadi madrasah yang baik?" "Didikkan agama apa yang mampu aku beri kepada bakal penghuni madrasah ku? Atau sekurang-kurangnya mampu ajar mengaji dengan tajwid yang betul dan boleh cerita maksud surah-surah lazim" Jika mampu atau telah bersedia go on. Tapi kalau belum? Layakkah aku menyertai mereka untuk berfikir tentang cinta=jodoh=kahwin?? Tepuk dada Tanya iman. 

Apa yang penting ialah teruskan belajar tanpa jemu, ilmu Allah itu luas. Lepas kahwin pun masih boleh terus belajar. Takdelah nak kena tunggu perfect baru boleh kahwin. Tak kata pun macam tu tapi at least ada lah something yang kau boleh ajar anak kau nanti takkan nak serah semua kat cikgu,ustaz,ustazah kat sekolah je kot kan?

Sooo yaaaa... πŸ‘‹ πŸ‘‹ 

Friday 15 January 2016

Hikayat seorang aku : Berpimpin tangan ke syurga

Bismillahirrahmanirrahim ..

Ya sahabat, aku ini tidak baik tapi aku teringin menjadi baik. Aku yakin kau juga begitu...

Ya sahabat, aku ini tidak layak untuk syurgaNya tapi aku teringin ke syurgaNya. Aku yakin kau juga punya impian sama...

Ya sahabat, kerana kau dihatiku maka aku ingin berpimpin tangan mencari redhaNya bersama-sama mu...

Ya Rabb, saat dia memilih cinta manusia wajarkah aku meninggalkan dia demi mengejar cinta Mu?

Ya Rabb, saat dia tertipu dengan dunia wajarkah aku membiarkan dia terus tertipu?

Ya Rabb, kerana sayang ku ini perlukah aku menjaga perasaannya sedang aku benci apa yang dibenci Mu?

Ya sahabat, dikala kau bercerita tentang keindahan kisah cinta mu dengan si dia aku tidak tahu respon bagaimana harus ku beri. Ingin mengiakan tapi ditegah Ilahi, ingin menyatakan benci tapi hati mu tak ingin aku lukai.

Ya sahabat, aku sudah lelah hingga kadang terasa ingin mengalah. Kiasan telah ku guna jujur juga sudah namun tak pernah kau endah.

Ya Rabb, andai saja memori bisa aku padam dan sayang bisa aku hapuskan pasti akan aku lakukan.

Ya Rabb, andai saja aku tidak terikat dengan tanggungjawab dakwah pasti aku tinggalkan dia dan biar dia hanyut dalam arus dunia akhir zaman ini.

Ya Rabb, hidayah itu milik mu. Pilihlah aku dan semua yang ku sayang untuk menerima taufiq dah hidayah mu. Beritahu lah dia bahawa matlamat itu tidak pernah menghalalkan cara.

Ya sahabat, hidayah itu perlu dicari bukan ditunggu. Carilah. Rebutlah hidayah Allah. Aku tak ingin engkau tertipu dengan dunia.

Sahabat, jika kau ingin membenci aku kerana teguran ini silakan tidak mengapa aku tidak terasa. Moga kau selalu dalam jagaan Dia.
                                 Bye.

                                 -SN-

Saturday 2 January 2016

Hikayat Seorang Aku: Bersyukurlah apa adanya

Bismillahirrahmanirrahim ..


Petang semalam, perut menyanyikan berkeroncong minta diisi sebab dari pagi hanya coffee dengan oat sahaja yang dijamah. So dengan rasa excited nak makan aku turun ke cafe kolej yang terletak hanya dibawah blok untuk order makanan. 

Dari jauh mata menangkap gerai mihun sup buka. Yes! Ada mihun sup! Terliur pula rasa. Nak makan mihun sup lah. Aku berjalan ke situ dengan mata yang bersinar. Gembira. Sebaik sampai depan gerai, err... mihun dah habis. Ha Ha Ha. Angin bertiup dan mata pun macam masuk habuk. Ngeee... (drama lebih lol)

Sebab gerai buger dengan yongtaufu pun tutup so, aku pun order lah nasi bujang (nasi putih+telur dadar+kuah tomyam kosong) RM 2 je. Jimatkan? Memang jimat. Bagi orang yang tak cerewet macam aku, aku cakap nasi bujang tu pun dah cukup sedap dah, okay lah not bad, asal kenyang dah lah. Aku suka nasi bujang tu sebab murah dan cepat siap so tak perlulah aku tunggu lama-lama sampai meleleh air liur kat cafe tu. 

Dengan selera yang sudah terbuka seluas lautan, aku suakan sudu ke mulut. Perlahan aku kunyah... Sekali lagi angin bertiup dan mata terasa macam masuk habuk.  Rasa nasi bujang tu agak menghampakan plus kuah, nasi semua dah sejuk sebab aku lambat makan. Rasa macam makan nasi dengan air kosong. Serious, tak rasa apa kuah tomyam tu. Seumur hidup aku, susah macam mana sekalipun tak pernah lagi la makan nasi dengan air kosong. Dahlah family jauh, makanan pulak macam tu pergh rasa nak panjat pagar asrama lari balik rumah kau tahu?

Tapi.....
Itu bukan point utama apa aku nak cerita. Aku tak tulis entry ni semata-mata nak cakap makanan yang aku makan semalam sangat tak sedap. Tak. 

Aku nak cakap bila aku makan je nasi tu, ada satu benda yang PAP! terlintas difikiran aku.
Apa yaa?

Sebenarnya.....
Aku terfikir bagaimana agaknya orang yang susah dan terpaksa makan nasi berkuahkan air kosong hampir setiap hari? Aku baru makan sekali dah rasa nak nangis. Bagaimana pula dengan orang yang terpaksa mengikat perut selama berhari-hari kerana kesempitan hidup? Aku dapat makan jugak walaupun kuah tomyam tu rasa macam air sejuk.
TAK PANDAI AKU BERSYUKUR!!!

Sungguh, Allah tak pernah takdirkan sesuatu itu tanpa sebab. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Kita hanya perlu merenung sejenak untuk melihat hikmah disebalik apa yang berlaku. Aku minta ditegur maka Allah menegur dan teguran itu terasa begitu lembut dan penuh kasih sayang. Terima kasih untuk teguran penuh berhikmah itu wahai Sang Pencipta yang mulia.

Aku kongsikan kisah ini buat pedoman semua. Bersyukurlah kamu apa adanya. Jangan pernah merungut atau bertanya tentang apa yang telah Allah takdirkan buat mu. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.



-SN-