Saturday 2 January 2016

Hikayat Seorang Aku: Bersyukurlah apa adanya

Bismillahirrahmanirrahim ..


Petang semalam, perut menyanyikan berkeroncong minta diisi sebab dari pagi hanya coffee dengan oat sahaja yang dijamah. So dengan rasa excited nak makan aku turun ke cafe kolej yang terletak hanya dibawah blok untuk order makanan. 

Dari jauh mata menangkap gerai mihun sup buka. Yes! Ada mihun sup! Terliur pula rasa. Nak makan mihun sup lah. Aku berjalan ke situ dengan mata yang bersinar. Gembira. Sebaik sampai depan gerai, err... mihun dah habis. Ha Ha Ha. Angin bertiup dan mata pun macam masuk habuk. Ngeee... (drama lebih lol)

Sebab gerai buger dengan yongtaufu pun tutup so, aku pun order lah nasi bujang (nasi putih+telur dadar+kuah tomyam kosong) RM 2 je. Jimatkan? Memang jimat. Bagi orang yang tak cerewet macam aku, aku cakap nasi bujang tu pun dah cukup sedap dah, okay lah not bad, asal kenyang dah lah. Aku suka nasi bujang tu sebab murah dan cepat siap so tak perlulah aku tunggu lama-lama sampai meleleh air liur kat cafe tu. 

Dengan selera yang sudah terbuka seluas lautan, aku suakan sudu ke mulut. Perlahan aku kunyah... Sekali lagi angin bertiup dan mata terasa macam masuk habuk.  Rasa nasi bujang tu agak menghampakan plus kuah, nasi semua dah sejuk sebab aku lambat makan. Rasa macam makan nasi dengan air kosong. Serious, tak rasa apa kuah tomyam tu. Seumur hidup aku, susah macam mana sekalipun tak pernah lagi la makan nasi dengan air kosong. Dahlah family jauh, makanan pulak macam tu pergh rasa nak panjat pagar asrama lari balik rumah kau tahu?

Tapi.....
Itu bukan point utama apa aku nak cerita. Aku tak tulis entry ni semata-mata nak cakap makanan yang aku makan semalam sangat tak sedap. Tak. 

Aku nak cakap bila aku makan je nasi tu, ada satu benda yang PAP! terlintas difikiran aku.
Apa yaa?

Sebenarnya.....
Aku terfikir bagaimana agaknya orang yang susah dan terpaksa makan nasi berkuahkan air kosong hampir setiap hari? Aku baru makan sekali dah rasa nak nangis. Bagaimana pula dengan orang yang terpaksa mengikat perut selama berhari-hari kerana kesempitan hidup? Aku dapat makan jugak walaupun kuah tomyam tu rasa macam air sejuk.
TAK PANDAI AKU BERSYUKUR!!!

Sungguh, Allah tak pernah takdirkan sesuatu itu tanpa sebab. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Kita hanya perlu merenung sejenak untuk melihat hikmah disebalik apa yang berlaku. Aku minta ditegur maka Allah menegur dan teguran itu terasa begitu lembut dan penuh kasih sayang. Terima kasih untuk teguran penuh berhikmah itu wahai Sang Pencipta yang mulia.

Aku kongsikan kisah ini buat pedoman semua. Bersyukurlah kamu apa adanya. Jangan pernah merungut atau bertanya tentang apa yang telah Allah takdirkan buat mu. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.



-SN-


No comments:

Post a Comment