Thursday 16 April 2015

puisi : Perang Sepi

Bismillahirrahmanirrahim ..


Saatnya bila hati berperang dengan diri, 
Fikiran berputaran tiada henti,
Menyalahkan diri menyalahkan hati,
Menyalahkan diri yang cuba bermain api,
Menyalahkan hati yang menidakkan realiti,
Payah menerima hakikat ini,
Hakikat kau tersasar dari prinsip sendiri,
Hakikat kau ingkari suruhan Ilahi,
Walau telah menjadi kebiasaan di bumi ini,
Namun yang salah tetap harus kau akui,
Tidak patut kau juga hanyut dalam arus ini,
Sedang kebenarannya kau ketahui,
Tahu bahawa ini mengundang murka Ilahi,
Bangunlah buka mata buka hati,
Kejutkanlah diri dari terbuai dek mimpi,
Percayalah dunia sedang menipu diri,
Larilah sebelum hati mati,
Kejarlah cinta Ilahi,
Rebutlah hidayah yang diberi,
Perbaikilah diri hingga tiba saatnya nanti,
Saat kau kan pergi dari dunia ini. 


-SN-