Thursday 8 January 2015

puisi : Bangkitlah.

Bismillahirrahmanirrahim ..


Di saat Allah tau kau mampu,
Di saat mereka percaya akan kebolehanmu,
Kau pula tidak percaya pada diri sendiri?
Hey!
Tidakkah kau malu? 
Hmm ..

Bagaimanakah caranya?
Bagaimanakah caranya untuk meyakinkanmu?
Beritahu aku, 
Bagaimana?!

Sedarlah!
Sedarlah dari mimpi mu,
Sedarlah dari khayalan yang berdusta.

Bangkitlah!
Bangkitlah mencari dirimu.
Bangkitlah dengan semangat baru!

Bukalah matamu,
Tolehlah pada mereka sebentar,
Janganlah hanya pentingkan diri sendiri.

Pandanglah wajah mereka,
Pandanglah harapan yang mereka sandarkan,
Ingatlah jasa yang mereka taburkan.

Ingatlah selama ini,
Apa yang pernah kau perjuangkan,
Apa yang telah kau korbankan.

Setelah sejauh ini kau melangkah,
Baru saat ini kau ingin mengalah?
Hanya kerana dugaan sekecil ini?

Hey!
Jangan jadi bodohlah!
Buka minda kau,
Fikir!

Sejak bila kau pandai berputus asa ni?
Sejak bila kau berani mengatakan tidak pada Allah?
Sejak bila?!

Hello!
Mana kau yang dulu?
Mana?

Tolonglah.
Tolonglah gerakkan otak kau yang beku tu.
Bangkitlah!

Penat.
Aku dah penat bercakap dengan kau,
Cukuplah aku merugikan air liur.

Terpulanglah,
Terpulang pada kau,
Keputusan ditanganmu.

Untuk sekian kalinya,
Ingin aku katakan,
Dengarlah bisikkan ini,

B A N G K I T L A H!


-SN-


Wednesday 7 January 2015

puisi : Kau

Bismillahirrahmanirrahim ..


Kau.
Kau ingin melupakan,
tapi memori kau ulang tayang.
Kau ingin bahagia,
tapi kesedihan tak kau tinggalkan.
Kau ingin tenang,
tapi yang mudah kau rumitkan.
Kau ingin kuat,
tapi langkah tak kau buka.

Kau mahu apa sebenarnya?
Tersungkur?!
Itu yang kau mahu?
Iya?!

Kau kata mahu berubah?
Bertindaklah!
Mahu tunggu apa lagi?!
Terlambat nanti menyesal tak guna!!

Tak boleh,
tak mampu,
itu hanya alasan!!
Berhentilah,
berhentilah beri alasan.

Mahu hanya pada mulut,
tetapi pada hati?
Enggan!

Apalah ertinya?
Kata-kata tanpa usaha,
itu sia-sia!!

Sudahlah.
Sudah.
Tak perlu kau nafikan kataku.

Inilah kenyataannya.
Terimalah hakikat sebenar.
Jauh di sudut hatimu,
kau memang tak mahu berubah.
kan?!!
heh.


-SN-

Tuesday 6 January 2015

Monolog Hati part2

Bismillahirrahmanirrahim ..



Tapi ..
Aku rasa ada sesuatu yang tak kena.
Apa?
Emm.
Pernah tak kau rasa macam ada orang tak suka bila kau bahagia?
Pernah tak kau rasa mereka menanti masa untuk menjatuhkan kau?
Pernah tak kau rasa mereka sedang mencari peluang untuk tikam kau.
Tikam?
Ya, tikam!

Tapi ..
Bukan dengan pisau, pedang atau apa sahaja yang muncul dalam fikiran kau.
Haaa? Habis tu? Tikam dengan apa?
Tikam dengan lidah.
Lidah? Apa je lidah boleh buat? Mengarutlah.
Ya, dengan lidah. Tak percaya?
Mungkin.
Mungkin kau tak percaya.
Mungkin hati kau akan kata, 
"ish tak mungkinlah."
"Takkanlah orang disekeliling aku akan buat macam tu kot?"
"Aku tak pernah kacau hidup dia orang pun?"
Ya, memang.

Tapi ..
Jangan kau lupa manusia seperti itu ada.
Manusia seperti itu wujud.
Wujud di dunia ini.
Dia orang tak suka kalau orang lain lebih dari mereka.

Kemudian hati kau berbisik, 
"shh tak baik berprasangka buruk dekat orang" 
"husnuzon, husnuzon!" 
Sama, sebiji macam apa yang hati aku kata.

Ya, husnuzon.
Aku perlu husnuzon.
Aku tak boleh bersangka buruk pada mereka.
Tak baik, Allah tak suka.

Tapi ..
Tingkah laku mereka, kata-kata mereka seolah-olah menyatakan yang sebaliknya.
Aku dapat rasa ada di antara mereka sedang mengasah senjata.
Asah senjata agar cukup tajam untuk membunuh hati ni.

Bayangkan ~
Hati kau disiat-siat.
Hati kau dilapah-lapah.
Hati kau dihiris dan ditikam tanpa belas.
Tiada darah mengalir, tiada luka terlihat tapi pedih.
 Pedih yang tak mampu kau gambarkan.

Senjata apa yang menyakitkan itu?
Senjata apa?
Tiada senjata yang lebih menyakitkan melainkan LIDAH.
Tiada!
Sakitnya menikam kalbu.
Lukanya payah sembuh.
Parutnya sukar hilang.
Hmm ..

Tapi tak.
Aku takkan biarkan meraka sakiti hati ni lagi.
Tak akan!
Penat aku ubati luka dihati ni selama ni, 
Takkan senang-senang nak biarkan mereka buat ia berdarah kembali?
NO WAY!
Jangan harap!

Eh, wait!
Kenapa emosi sangat ni?
Relax. 
Chill lah.
Aku kan dah mulakan hidup baru?
Aku kan nak hidup dalam dunia positif? 
Kenapa biarkan semua ni berlegar dalam fikiran lagi ni?
Ni semua perkara negatif tau tak?
Negatif!
Dah, dah.
Halau cepat!
shuhh shuhh ... pergi sana.
Jangan kacau fikiran aku!

Tarik nafas hembus.
Tarik, hembus.
Sekarang hiduplah kau dalam dunia positif.

"Tapi macam mana? payahlah :("
"Semua ni tak mudah"
"Perkara negatif selalu kacau fikiran aku"

Aku tahu.
Okay, macam ni.
Pejamkan mata kau.
Seminit, dua minit, tiga minit, empat minit ....
Dengar dan ingat apa aku cakap ni.

"Bila kau sendiri, hiduplah dengan rentak mu.
Bila disekeliling kau ada mereka, 
ikutlah rentak mereka dengan gaya kau yang tersendiri."

Ikut rentak mereka dengan gaya tersendiri?
Maksudnya?
Aku tak faham.

Macam ni.
Kalau diaorang bagi kau perfume, 
kau pakai perfume tu biar orang lain terpalit sama dengan wangian tu.

Kalau mereka mencurigakan cepat-cepat basahkan lidahmu dengan istigfar,
Bedakkan hatimu dengan husnuzon.
Bersangka baiklah dengan mereka. 
Sebab mungkin rasa curiga tu syaitan yang tiupkan pada kau.

Tapi ..
Kalau mereka baling tahi yang teramat busuk ke lantai hatimu,
apa kau tunggu lagi?
Balas lah balik! 
hahahahahahahhahahahahahahhahahahaha.
Eh, NOPE!
Gurau je, jangan mengada balas balik!
Jangan!
Jangan sesekali kau cuba balas balik perbuatan tu.

"kenapa pula? Bukan ke dia orang buat jahat? 
"Dia orang baling tahi kot? Bukan baling perfume."
'Takkan nak diam je? Kata tak nak bagi dia orang luka kan hati lagi?"
"Apa ni? Tak faham lah"

Dengar dulu, aku tak habis cakap lagi.

Kalau kau balas balik, 
kalau kau baling tahi dekat mereka balik,
kau pun sama busuk macam dia orang.
Kau dengan dia orang tak ada beza pun. 
Tahu?

"Habis tu, aku nak buat apa?"

Senyum.
Kau senyum je.
Kemudian cuci tahi-tahi negatif yang mereka baling tu dengan air positif.
Jangan biarkan bau busuk negatif tu ada dalam kamar hatimu.
Jangan!
Cuci bersih-bersih.
Mopkan lantai hatimu dengan air mata suci memohon petunjuk Ilahi.
Semburkan wangian ketenangan.
Lepastu, confirm kau akan gembira sentiasa.
Gembira tanpa anasir negatif!
Dan mungkin, 
mereka juga akan terbuka hati nak berubah melihat layanan kau?
Mana tau Allah nak bagi hidayah dekat mereka time tu?
Dan kau, 
Dia pilih sebagai pengantaraNYA?
Who knows right?
Dah kau dapat pahala kat situ.
Free je duit pahala masuk akaun bank akhirat kau.
Seronokkan hidup dengan rentak sendiri?
Seronokkan kalau Allah itu diletakkan yang pertama dalam carta hati?
Lepas ni, walau apa pun yang terjadi kau tak perlu gusar lagi.
Allah ada disetiap saat hidupmu.
Allah suka perkara positif tau?
Hiduplah dengan aura positif kerana Allah.
Pasti bahagia kau yang punya, percayalah!
Oh indahnya rasaaaaaaaaaaa .....
^^

The End

-SN-