Thursday 8 January 2015

puisi : Bangkitlah.

Bismillahirrahmanirrahim ..


Di saat Allah tau kau mampu,
Di saat mereka percaya akan kebolehanmu,
Kau pula tidak percaya pada diri sendiri?
Hey!
Tidakkah kau malu? 
Hmm ..

Bagaimanakah caranya?
Bagaimanakah caranya untuk meyakinkanmu?
Beritahu aku, 
Bagaimana?!

Sedarlah!
Sedarlah dari mimpi mu,
Sedarlah dari khayalan yang berdusta.

Bangkitlah!
Bangkitlah mencari dirimu.
Bangkitlah dengan semangat baru!

Bukalah matamu,
Tolehlah pada mereka sebentar,
Janganlah hanya pentingkan diri sendiri.

Pandanglah wajah mereka,
Pandanglah harapan yang mereka sandarkan,
Ingatlah jasa yang mereka taburkan.

Ingatlah selama ini,
Apa yang pernah kau perjuangkan,
Apa yang telah kau korbankan.

Setelah sejauh ini kau melangkah,
Baru saat ini kau ingin mengalah?
Hanya kerana dugaan sekecil ini?

Hey!
Jangan jadi bodohlah!
Buka minda kau,
Fikir!

Sejak bila kau pandai berputus asa ni?
Sejak bila kau berani mengatakan tidak pada Allah?
Sejak bila?!

Hello!
Mana kau yang dulu?
Mana?

Tolonglah.
Tolonglah gerakkan otak kau yang beku tu.
Bangkitlah!

Penat.
Aku dah penat bercakap dengan kau,
Cukuplah aku merugikan air liur.

Terpulanglah,
Terpulang pada kau,
Keputusan ditanganmu.

Untuk sekian kalinya,
Ingin aku katakan,
Dengarlah bisikkan ini,

B A N G K I T L A H!


-SN-


No comments:

Post a Comment