Wednesday 7 January 2015

puisi : Kau

Bismillahirrahmanirrahim ..


Kau.
Kau ingin melupakan,
tapi memori kau ulang tayang.
Kau ingin bahagia,
tapi kesedihan tak kau tinggalkan.
Kau ingin tenang,
tapi yang mudah kau rumitkan.
Kau ingin kuat,
tapi langkah tak kau buka.

Kau mahu apa sebenarnya?
Tersungkur?!
Itu yang kau mahu?
Iya?!

Kau kata mahu berubah?
Bertindaklah!
Mahu tunggu apa lagi?!
Terlambat nanti menyesal tak guna!!

Tak boleh,
tak mampu,
itu hanya alasan!!
Berhentilah,
berhentilah beri alasan.

Mahu hanya pada mulut,
tetapi pada hati?
Enggan!

Apalah ertinya?
Kata-kata tanpa usaha,
itu sia-sia!!

Sudahlah.
Sudah.
Tak perlu kau nafikan kataku.

Inilah kenyataannya.
Terimalah hakikat sebenar.
Jauh di sudut hatimu,
kau memang tak mahu berubah.
kan?!!
heh.


-SN-

No comments:

Post a Comment