Thursday 12 February 2015

puisi : PejalananRootsWords

Bismillahirrahmanirrahim ..



Dulu.
Dulu aku tertewas.
Tertewas pada dunia.
Dunia yang umpama kaca.

Bayang.
Saat itu aku tertanya-tanya.
Mengapa saat aku jatuh, dia turut terduduk?
Bukankah dia teman yang patut menyambut?

Identiti.
Ketika itu aku tercari-cari.
Bukan Identity Card
Tapi identiti diri.

Kejut.
Bukan sahaja mengejut.
Tapi juga terkejut.
'Kejutan budaya!'

Tembok.
Tiap hari usaha untuk merobohkan.
Termbok mana yang kekal kukuh?
Bangunan pun boleh runtuh.

Hati.
Macam kerak nasi.
Keras mana pun.
Kena air lembut juga.

Cinta.
Hari-hari kau siram.
Kau belai dan bajakan
Bunga tahi ayam pun jadi cantik.

Rindu.
Memang manis.
Setiap jam diberi makanan manis.
Akhirnya terkena Diabetis.

Sakit.
Tiada yang merawat.
Kalau dibiarkan terus melarat.
Sampailah kau bangun mencari ubat.

Cari.
Aku masih mencari.
Mencari sesuatu yang aku sendiri tak pasti.
Tapi aku tak mahu berhenti di sini.

Lama.
Lama aku mencari.
Tapi tidak aku temui.
Sampailah DIA menegur.

Sedar.
Aku tersedar akan suatu hakikat.
Hidup ini terlalu singkat.
Dan mati sangat dekat.

Kini.
Aku masih sering tertewas.
Tewas dengan isi dunia yang tak pernah puas.
Tapi situasinya tak seperti dulu.

Sekarang.
Sekarang aku masih juga selalu terjatuh.
Tapi lebih cepat bangkit.
 Bangkit mengubati perit.

Pengalaman.
Pengalaman banyak mengajar aku
Bersyukur pada DIA yang tak pernah berhenti mengajar.
Mengajarkan aku sesuatu tentang kehidupan.


-SN-