Friday 15 January 2016

Hikayat seorang aku : Berpimpin tangan ke syurga

Bismillahirrahmanirrahim ..

Ya sahabat, aku ini tidak baik tapi aku teringin menjadi baik. Aku yakin kau juga begitu...

Ya sahabat, aku ini tidak layak untuk syurgaNya tapi aku teringin ke syurgaNya. Aku yakin kau juga punya impian sama...

Ya sahabat, kerana kau dihatiku maka aku ingin berpimpin tangan mencari redhaNya bersama-sama mu...

Ya Rabb, saat dia memilih cinta manusia wajarkah aku meninggalkan dia demi mengejar cinta Mu?

Ya Rabb, saat dia tertipu dengan dunia wajarkah aku membiarkan dia terus tertipu?

Ya Rabb, kerana sayang ku ini perlukah aku menjaga perasaannya sedang aku benci apa yang dibenci Mu?

Ya sahabat, dikala kau bercerita tentang keindahan kisah cinta mu dengan si dia aku tidak tahu respon bagaimana harus ku beri. Ingin mengiakan tapi ditegah Ilahi, ingin menyatakan benci tapi hati mu tak ingin aku lukai.

Ya sahabat, aku sudah lelah hingga kadang terasa ingin mengalah. Kiasan telah ku guna jujur juga sudah namun tak pernah kau endah.

Ya Rabb, andai saja memori bisa aku padam dan sayang bisa aku hapuskan pasti akan aku lakukan.

Ya Rabb, andai saja aku tidak terikat dengan tanggungjawab dakwah pasti aku tinggalkan dia dan biar dia hanyut dalam arus dunia akhir zaman ini.

Ya Rabb, hidayah itu milik mu. Pilihlah aku dan semua yang ku sayang untuk menerima taufiq dah hidayah mu. Beritahu lah dia bahawa matlamat itu tidak pernah menghalalkan cara.

Ya sahabat, hidayah itu perlu dicari bukan ditunggu. Carilah. Rebutlah hidayah Allah. Aku tak ingin engkau tertipu dengan dunia.

Sahabat, jika kau ingin membenci aku kerana teguran ini silakan tidak mengapa aku tidak terasa. Moga kau selalu dalam jagaan Dia.
                                 Bye.

                                 -SN-

No comments:

Post a Comment