Friday 28 March 2014

open minded dan malu


Bismillahirrahmanirrahim ..


Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas hingga ke saat ini dan masih bisa melarikan jari jemari ini di atas keyboard , Alhamdulillah ! 

"Malu pada seorang wanita itu sebenarnya , 
di situ lah letaknya keindahan dan kecantikannya ..."

Lagu ini dihantar melalui group whatsapp MADS KL semasa aku sertai kempen tersebut pada 28December2013. Hati sememangnya sudah terpaut saat pertama kali mendengar lagu tu. Liriknya mengetuk kamar hati. Cukup indah. 

Aku punya satu hobi yang telah lama sebati dalam diri. Aku suka tengok tingkah laku manusia. Ada yang pelik, ada yang menghiburkan dan tak kurang juga ada yang mampu membuatkan aku berfikir. 

Suatu hari di suatu tempat semasa aku baru selesai solat aku terdengar dialog antara seorang perempuan dan seorang lelaki. Melihat dari cara dia orang bercakap aku rasa dia orang ni kawan. 
Okay, bunyi dialognya lebih kurang begini , 

P: kau kenapa patah balik? tak ada air nak ambil wuduk?
L: ha'ah tak ada air, kau orang dah solat?
P: dia dah (sambil tunjuk ke arah rakannya) 
L: ouh.
P: aku , kau jangan tanya lah kenapa aku tak solat , faham-faham jelah. (sambil gelak kecil)
L: (hanya senyum)

Aku yang tengah pakai kasut masa tu secara tak sengaja menyaksikan situasi tersebut. Aku terfikir apa motif perempuan tu cakap "aku, kau jangan tanya lah kenapa aku tak solat, faham-faham jelah. (sambil gelak kecil)" sedangkan lelaki tu langsung tak tanya pun. Hairan.

Oh ya, aku lupa sekarang ni dunia dah maju, semua orang kena "open minded" dalam semua hal. Persoalannya adakah dalam hal seperti ini juga kita harus "open minded" ? Setiap orang ada pendapat masing-masing tapi pada pendapat aku kalau ya pun nak "open minded" berpada-pada lah. 
Hal ni adalah hal dalaman, rasanya tak perlu lah nak bagi tau orang lain terutamanya ajnabi. Lagipun, lelaki tu tak tanya pun, yang sibuk nak bagi tau tu kenapa? 

Itu yang jenis cakap berdepan, yang jenis yang suka tweet dan update status tak cerita lagi. 
Maklum lah teknologi dah moden lah katakan. Aku pula yang malu bila berdepan situasi macam ni -,-

"open minded" tu memang perlu tapi kena lah pada tempatnya. Contohnya sakit dalam hal perempuan dan kebetulan memang dah tak ada doktor perempuan pada masa tu, contoh lagi semasa menuntut ilmu, ustaz yang mengajar dalam bab ni, jadi pada masa tu sesuailah kalau istilah "open minded" tu digunakan.  

Kesimpulannya, bagi pendapat aku, "open minded" perlulah diiringi dengan sifat malu terutamanya bagi seorang muslimah baru lah terserlah keindahan dan kecantikkannya tu.

Sekian,

Nobody is perfect and same goes to me. 
Kalau aku salah, salahkan aku BUKAN Islam agama ku.
Masih belajar ertinya dunia dan nilai agama yang tak ternilai.
-SN-


No comments:

Post a Comment