Friday 28 March 2014

Teguranku ..

Bismillahirrahmanirrahim .. 



Sesuatu yang harus aku akui memainkan dua peranan dalam masa yang sama sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah. Kesabaran dan keupayaan berfikir secara rasional sangat diperlukan ketika menghadapi situasi begini. Hingga ke saat ini, aku masih mencari-cari di mana titik yang sesuai untuk aku berdiri agar tidak tergelincir dan peranan tersebut dapat dimainkan dengan baik. 

Tak perlu banyak berceloteh biarkan saja puisi bercerita.


Sahabat ,
Terkadang hati bimbang ,
Teguranku mengguris hatimu ,
Telahku cuba lembutkan tutur bicara ,
Telahku tapis segala bahasa ,
Maaf andai nasihatku masih membuatmu terluka .

Ya, mungkin aku sukar dimengerti ,
Kerana sikapku suka membuang pandangan menyelami hati ,
Mungkin kata-kata ku juga sukar difahami , 
Kerana kiasan bertaut di lidah seakan sebati .

Tapi percayalah niatku Lillahitaala ,
Tiada tersembunyi sebarang agenda ,
Tegurku kerana ukhuwah yang terbina ,
Kerana kasih yang tercipta , 
Moga-moga tidak terlerai ikatan cinta ,
Kekal hingga ke syurga .


Kata Imam Hasan Al-Basri "Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik daripada kalangan kamu atau orang yang paling soleh, kerana aku juga pernah melanggar batas-batas ku, Andai seseorang itu hanya boleh menyampaikan dakwah apabila dirinya sempurna, maka tidak akan ada pendakwah. Jika itu berlaku maka sedikitlah orang yang memberi peringatan"

Sekian.

Nobody is perfect and same goes to me.
Kalau aku salah, salahkan aku BUKAN Islam agama ku.
Masih belajar ertinya dunia dan nilai agama yang tak ternilai.
-SN-


No comments:

Post a Comment