Monday, 14 April 2014

Tips-tips melupakan :)

Bismillahirramanirrahim ..


          Post sebelum ni dah cerita pasal PERIHAL MELUPAKAN, sekarang nak cerita adik-beradik dia pulak iaitu TIPS-tips MELUPAKAN. 

Okay malas nak cakap banyak.
Tips-tipsnya adalah seperti berikut :

~> Niat Lillahitaala. Niat adalah sangat PENTING sebelum kita buat sesuatu. Kalau kita niat kerana Allah InsyaAllah Allah akan bantu kita terutamanya kalau tujuan kita baik lagilah Allah bantu. Percayalah.

~> Doa. Lepas dah niat, jangan lupa berdoa banyak-banyak supaya Allah beri petunjuk dan mudahkan segala usaha yang kita bakal , sedang atau telah lakukan. Usaha tanpa doa adalah tidak bermakna.

~> Tetapkan pendirian. Kenapa kena tetapkan pendirian? Sebabnya hati kita ni mudah berubah. Ibarat lalang, bila ditiup ke kiri maka ia ke kiri dan begitu juga sebaliknya. Jadi kalau tiada pendirian nanti mudah rebah, itu pasal mission asyik failed je. Bila dah ada pendirian tolong lah BERPEGANG TEGUH padanya kalau tak sia-sia je beb!

~>  Buang segala benda yang berkaitan dengan apa yang kita nak lupakan. Kenapa kena buang? Sebab kalau tak buang nanti bila tengok dok terkenang. Kalau sayang nak buang bagi lah kat sapa-2, janganlah jadi mangkuk ayun sangat. Kalau tak nak buang boleh je asalkan hati lu memang kental dan boleh bertahan. Semuanya berbalik pada diri sendiri.

~> Jauhkan diri / dekatkan diri. Terdapat dua situasi di sini, first kena jauhkan diri, second kena dekatkan diri. Jauhkan diri. Situasi macam mana memerlukan kita jauhkan diri? Contoh, dulu kau couple, sekarang kau berhijrah, so jauhkan diri dari  pakwe/makwe kau sehinggalah kau STABIL dan boleh handle perasaan dengan baik. Dekatkan diri. Okay, pergi cari kawan yang awak rasa boleh beri awak semangat supaya awak kuat hadapi jalan yang awak pilih atau dekatkanlah diri dengan apa-apa sahaja yang boleh buat awak lupakan semuanya.

~> Rindu / teringat / terkenang. Perkara ni lumrah, normal lah tu cuma kita kenalah pandai kawal. Bila datang je segala mak nenek tu tepis lah dengan istigfar sampai hilang. Halau semua benda tu dari kotak fikiran.

INFO : Otak terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Cerebrum, Cerebellum, Medulla Oblongata. 
CEREBRUM berfungsi mengawal semua VOLUNTARY ACTION , MENTAL ACTIVITIES like thinking, memory,learning dll , Senses activities , Movement activities.

So tak payah nak bagi alasan yang korang tak boleh nak kawal perasaan / fikiran korang tu eh? 
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih!

~> Lawan perasaan. Jangan diikutkan sangat perasaan tu. Contoh, kalau sedih, jangan ikut je perasaan sedih tu. Kena hakis sikit. Jangan terlalu lemah, lembik. Jangan biarkan perasaan kawal kita. Kita yang kena kawal perasaan.

~> Motivasikan diri. Diri wajar dihargai. Jadi kalau kita berjaya lupakan sikit je pun ucap lah tahniah kat diri sendiri. Lagi satu, kalau boleh setiap hari bagilah kata-kata semangat kat diri sendiri. Lagi elok kalau setiap kali teringat tu cakap kat diri sendiri "aku boleh lupakan" atau "aku kena lupakan" atau "aku tak boleh macam ni, aku nak keluar dari perasaan ni" atau " aku kuat" atau apa-apalah ikut citarasa masing-masing.

~> Kawan-kawan. Memang tak boleh dinafikan ada sesetengah kawan yang suka usik-usik kita dengan perkara yang kita nak lupakan. Jadi bila kita terpaksa hadapi masalah macam ni, cara terbaik ialah bagitau dia orang yang kita betul-betul nak lupakan semua tu, bagitau mereka yang kita harap sangat dia orang dapat bantu dengan cara tak bercerita / usik kita tentang perkara yang kita nak lupakan tu dan minta dia orang tolong doakan kita sekali.

~> Sabar. Dalam hal ni sabar sangat penting sebabnya kita tak akan boleh nak melupakan dalam masa 1 hari. Perkara ni perlukan masa. Berapa lama? Bergantung pada individu tersebut sebab setiap orang berbeza.

~> Jangan putus asa. Kalau baru gagal sikit dah nak putus asa memang tak ke mana lah. Ibarat tanam pokok. Tanam sebulan dah tapi pokok belum berbuah, putus asa, biarkan pokok tu, pokok mati, sampai mati lah kita tak merasa makan buah hasil dari pokok tu. Sama lah juga dengan hal melupakan ni.

~> Solat Sunat. Kalau nak lebih baik, Boleh buat solat taubat. Bertaubat pada Allah,mudah-mudahan lebih tenang. Boleh juga buat solat hajat. Minta pada Allah supaya mudahkan segalanya. Buat solat istigharah pun boleh. Minta pada Allah supaya berikan kita petunjuk.

~> Tawakal. Usaha dah, doa pun dah sekarang bertawakal lah kamu kepada Allah. Serahkanlah segalanya kepada Allah sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Okay, rasanya tu je kot. Tak ingat dah, rasanya cukup lah kot. Haaaa ingat ni, semat dalam kepala kat otak, USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN.

One more, aku hanya menulis, bagi idea melalui apa yang Allah ilhamkan pada aku je tapi yang Maha Berkuasa tu Allah, bila Dia kata jadi maka jadi lah. So berbaliklah kepada Dia, Sang Pencipta yang mulia.

Mengapa harus sedih andai boleh bahagia?
Mangapa harus menangis andai boleh ketawa?
Mengapa harus takut andai boleh berani?
Mengapa harus mengingati andai melupakan itu lebih baik?

Hidup dalam fantasi atau realiti?
Kita yang tentukan.

Sekian,
-SN-


Friday, 11 April 2014

Perihal Melupakan

Bismillahirrahmanirrahim ..


          Ramai yang berpendapat MELUPAKAN sesuatu, seseorang atau apa-apa je perkara yang pernah singgah dalam hidup kita tu SANGAT PAYAH. 

Dialog seperti "kau cakap senanglah, aku yang nak lupakan bukan kau" , "kau tak tau apa yang aku rasa" dah selalu sangat aku dengar. 

Melupakan tu adalah satu PILIHAN dan yang membuat pilihan tu adalah KITA. Kita yang pilih untuk lepaskan semuanya pergi atau ikatnya dalam hati. Jadi salah siapa kalau kita masih tak boleh melupakan apa yang kita nak lupakan? Salah kita lah. 

Dialog ni pun dialog biasa jugak dalam hal ni, 
"aku nak lupakan semua tu tapi aku tak mampu, aku tak boleh" 
See, belum apa-apa lagi dah cakap "aku tak mampu , aku tak boleh" macam mana nak berjaya lupakan perkara yang nak dilupakan tu?

Nah, cuba hayati lirik lagu ni.

"Jika kau fikirkan kau boleh,
kau hampir boleh melakukan,
jika kau fikirkan ragu-ragu,
 usaha mu tidak menentu.

Jika kau fikirkan kekalahan,
kau hampiri kegagalan,
jika kau fikirkan kemenangan,

kau hampiri kejayaan.

Engkaulah apa kau fikirkan,
Terkandung dalam pemikiran,
Kau fikir boleh melakukan,
fikirkan boleh! 

Percaya apa kau lakukan,
Tabah apa kau usahakan,
Bertindak atas kemampuan,
Engkau boleh!"

Haaaaa apa lagi alasan lu nak bagi? Bukan gua je yang cakap semuanya bermula dari diri sendiri, orang yang cipta lagu tu pun cakap benda yang sama. Apa maksudnya tu? Maksudnya, apa yang chek dok habaq kat ataih tu bahawa melupakan adalah satu pilihan bukan cakap kosong noh.

Kehidupan hari ini adalah REALITI. Terima hakikat yang tiada satu hal pun dalam dunia ini yang kekal selamanya. Segala yang kita miliki adalah pinjaman dari ALLAH, tiba masanya kita pasti harus memulangkan kembali apa yang kita pinjam.

Hiduplah dalam kenyataan, bukan fantasi, bukan ilusi. Sampai bila nak hidup dalam kenangan? Sampai bila nak hidup dalam bayangan? Kalau kita enggan melangkah kita tak akan kemana-mana.

Sekian.
-SN-

Friday, 28 March 2014

Teguranku ..

Bismillahirrahmanirrahim .. 



Sesuatu yang harus aku akui memainkan dua peranan dalam masa yang sama sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah. Kesabaran dan keupayaan berfikir secara rasional sangat diperlukan ketika menghadapi situasi begini. Hingga ke saat ini, aku masih mencari-cari di mana titik yang sesuai untuk aku berdiri agar tidak tergelincir dan peranan tersebut dapat dimainkan dengan baik. 

Tak perlu banyak berceloteh biarkan saja puisi bercerita.


Sahabat ,
Terkadang hati bimbang ,
Teguranku mengguris hatimu ,
Telahku cuba lembutkan tutur bicara ,
Telahku tapis segala bahasa ,
Maaf andai nasihatku masih membuatmu terluka .

Ya, mungkin aku sukar dimengerti ,
Kerana sikapku suka membuang pandangan menyelami hati ,
Mungkin kata-kata ku juga sukar difahami , 
Kerana kiasan bertaut di lidah seakan sebati .

Tapi percayalah niatku Lillahitaala ,
Tiada tersembunyi sebarang agenda ,
Tegurku kerana ukhuwah yang terbina ,
Kerana kasih yang tercipta , 
Moga-moga tidak terlerai ikatan cinta ,
Kekal hingga ke syurga .


Kata Imam Hasan Al-Basri "Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik daripada kalangan kamu atau orang yang paling soleh, kerana aku juga pernah melanggar batas-batas ku, Andai seseorang itu hanya boleh menyampaikan dakwah apabila dirinya sempurna, maka tidak akan ada pendakwah. Jika itu berlaku maka sedikitlah orang yang memberi peringatan"

Sekian.

Nobody is perfect and same goes to me.
Kalau aku salah, salahkan aku BUKAN Islam agama ku.
Masih belajar ertinya dunia dan nilai agama yang tak ternilai.
-SN-


open minded dan malu


Bismillahirrahmanirrahim ..


Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas hingga ke saat ini dan masih bisa melarikan jari jemari ini di atas keyboard , Alhamdulillah ! 

"Malu pada seorang wanita itu sebenarnya , 
di situ lah letaknya keindahan dan kecantikannya ..."

Lagu ini dihantar melalui group whatsapp MADS KL semasa aku sertai kempen tersebut pada 28December2013. Hati sememangnya sudah terpaut saat pertama kali mendengar lagu tu. Liriknya mengetuk kamar hati. Cukup indah. 

Aku punya satu hobi yang telah lama sebati dalam diri. Aku suka tengok tingkah laku manusia. Ada yang pelik, ada yang menghiburkan dan tak kurang juga ada yang mampu membuatkan aku berfikir. 

Suatu hari di suatu tempat semasa aku baru selesai solat aku terdengar dialog antara seorang perempuan dan seorang lelaki. Melihat dari cara dia orang bercakap aku rasa dia orang ni kawan. 
Okay, bunyi dialognya lebih kurang begini , 

P: kau kenapa patah balik? tak ada air nak ambil wuduk?
L: ha'ah tak ada air, kau orang dah solat?
P: dia dah (sambil tunjuk ke arah rakannya) 
L: ouh.
P: aku , kau jangan tanya lah kenapa aku tak solat , faham-faham jelah. (sambil gelak kecil)
L: (hanya senyum)

Aku yang tengah pakai kasut masa tu secara tak sengaja menyaksikan situasi tersebut. Aku terfikir apa motif perempuan tu cakap "aku, kau jangan tanya lah kenapa aku tak solat, faham-faham jelah. (sambil gelak kecil)" sedangkan lelaki tu langsung tak tanya pun. Hairan.

Oh ya, aku lupa sekarang ni dunia dah maju, semua orang kena "open minded" dalam semua hal. Persoalannya adakah dalam hal seperti ini juga kita harus "open minded" ? Setiap orang ada pendapat masing-masing tapi pada pendapat aku kalau ya pun nak "open minded" berpada-pada lah. 
Hal ni adalah hal dalaman, rasanya tak perlu lah nak bagi tau orang lain terutamanya ajnabi. Lagipun, lelaki tu tak tanya pun, yang sibuk nak bagi tau tu kenapa? 

Itu yang jenis cakap berdepan, yang jenis yang suka tweet dan update status tak cerita lagi. 
Maklum lah teknologi dah moden lah katakan. Aku pula yang malu bila berdepan situasi macam ni -,-

"open minded" tu memang perlu tapi kena lah pada tempatnya. Contohnya sakit dalam hal perempuan dan kebetulan memang dah tak ada doktor perempuan pada masa tu, contoh lagi semasa menuntut ilmu, ustaz yang mengajar dalam bab ni, jadi pada masa tu sesuailah kalau istilah "open minded" tu digunakan.  

Kesimpulannya, bagi pendapat aku, "open minded" perlulah diiringi dengan sifat malu terutamanya bagi seorang muslimah baru lah terserlah keindahan dan kecantikkannya tu.

Sekian,

Nobody is perfect and same goes to me. 
Kalau aku salah, salahkan aku BUKAN Islam agama ku.
Masih belajar ertinya dunia dan nilai agama yang tak ternilai.
-SN-


Sunday, 29 September 2013

Kursus PRS Tahap Muda Peringkat Wilayah Keramat ^^

Bismillahirrahmanirrahim ..


Pada 3-5 September yang lalu .. eh eh jap, hari ni bukan dah 29 September ke ? dah berzaman punya cerita baru nak post ? tah hape hape je aku ni en ? nampak sangat pemalasnya , anak sape tah ni ? ish ish ish *geleng kepala*

AMARAN : Tolong jangan tiru mcam saya tau ?!!

 Okay sambung balik . Pada 3-5 September 2013 yang lalu telah berlangsungnya KURSUS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA TAHAP MUDA Peringkat Wilayah Keramat. Kursus ini bertempat di KV ERT Setapak.KL.

wuhuu asal tetibe mcm formal sangat ayat ni ? hahaha biarlah ...


Setiap sekolah telah menghantar lebih kurang 8 orang pelajar untuk menyertai kursus ini .
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan contohnya ceramah dan aktiviti berkumpulan .

lagi apa eh ? kay tak tau nk cerita apa dah heee xD


Oh ya , actually aku bidan terjun masa ni .. Ini semua jiha punya kerja lah petik nama aku dekat cikgu haih nak kena si jiha ni haha xD tapi apa pun aku tersangatlah berterima kasih kat jiha sbb dah petik nama aku kerana kursus ni dengan orang-2 yg kat sana sekali sangat-2 AWESOME !

*Ulang suara mereka SANGAT AWESOME !*

At least bila dpt pegi kursus ni dapat lah ubati kesedihan gueh kerana enggak dapat ikut serta diaorang yang pergi KONTINGEN GRAFIK KREATIF KL tu hmmm ..

oppss.. sory teremosi pulak xDD 


Ermmm ..
kat sana kan kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan aku dapat kumpulan 10 yang telah kami beri nama DURIAN !
 "Durian x5 huk krek king of the fruit/world..... Durian !!!"

 alamak lupa pulak world ke fruit , pape jelah xD 


Haa comel kan cheers kitorang ? tau dah .. hahaha 
Group kitorang adalah antara group paling baik sekali ! Rasanya kalau ada Anugerah Group Paling Baik mesti group durian adalah pemenangnya . Confirm ! haha
meh nak tunjuk sikit muka budak-2 group durian ni .. 



okay dari kiri visha, yasmin , ama , yg kt tengah tu aku xD , han(ketua) , adhsih , yuhasan , 2 orng yg kt belakang tu , dari kiri eika dan liyana :)
dan lagi sorang yg kt bawah tu ..



nesh , dia tukang ambik gambar :)

haaa nampak tak kesopanan bebudak group durian ni ? sekarang percaya tak kitorang memang baik dan pemalu ? hahah

okay , time kursus ni jugak aku dapat jumpa balik dengan Adibaa , waa lama betul tak jumpa budak cantik manis tu .. dan yang lagi buatkan aku rasa mcm 'eh eh' ialah bila ternampak solehah haha duduk block sebelah je pun alih alih jumpa lagi kat sana .. then masa icebreaking 'negeri kelahiran bapa' terjumpa pulak balqis si cute miut hahah memang tak sangka .. lepas tu bila balik rumah on twitter tengok Ighaa pulak sibuk post gambar masa kat kursus and tweet pasal kursus , lagi lah tak sangka rupanya dh kenal dari twitter cuma tak perasan je , sayangnya tak sempat jumpa dia masa kat kursus tu , serious tak perasann ..

haaa tengok aturan Allah tu memang sempurna sangat dah semuanya cantik menarik deboommm ! hope ada lagi lah kursus mcm ni dan dapat jumpa dorang semua lagi nanti .. :))

hmm rasanya sampai disini dulu lah kot sbbnya jam pun dah pukul 11.30, esok pun nak sekolah takut nnti elok cikgu mengajar kat depan cik Siti Norshahira ni sedap pulak tertidur kat belakang hahaha xD
sebenarnya banyak lagi nak cerita pasal kursus ni tapi nanti lahh coming soon insyaALLAH :)

Eh sebelum terlupa saja nak bagi tau hari ni en birthday Syimir . salah seorang budak yg gueh kenal dari kursus ini .. kebetulan pulak hari yg sama gueh mahu post ini story , so alang-2 tu ,
 Happy birthday !!! :DD

Oh oh oh ada lagi satu lagi benda nak bagi tau , eh bukan satu tapi dua benda ..
first , aku dpt tahu yang kaki nesh retak ..

kalau tak silap , kalau silap sorry ..


second , aku diberi tahu yang shahmie accident. teruk jugak katanya ..
So aku doakan semoga diaorang dua orang ni cepat sembuh !
dan kepada semua bebudak PRS semoga sihat sejahtera .. take care !

okay lah sekian , pai pai , Assalamualaikum ^^

-Love ,SN-

Friday, 19 July 2013

Hadiah dari Allah ..


Bismillahirrahmanirrahim ..



M A S A L A H , untuk mengejanya memang mudah tapi untuk menghadapinya begitu payah .. bagi sesetengah orang masalah tu adalah bebanan tapi bagi sesetengah orang pula masalah tu ‘hadiah istimewa dari Allah’ 


Bagi aku , masalah itu umpama sebuah pemandangan yang terlukis indah di atas sekeping kertas .
Ia mengalir lembut dalam nadi-nadi , mengiringi langkah bagai teman sejati .
Ia dibungkus dengan duri-duri tajam yang bakal melukakan tetapi isinya adalah keimanan dan ketakwaan .

Allah beri kita dugaan mungkin kerana Dia ingin menegur kita , Dia ingin kita menjadi hambanya yang lebih baik , lebih soleh dan solehah ..
Subhanallah ! sayangnya Allah pada kita , tetapi kita ? Adakah kita redha dan ikhlas menempuhinya  ? Allahu .. :’(




Ayat seperti  “Awak tak ada kat tempat saya , jadi awak tak tau apa yang saya rasa !”
“Awak cakap senanglah sebab awak tak lalui apa yang saya lalui !”
sudah kerap kali hinggap di cuping telinga ..

Ya , mungkin benar kata mereka aku tak mengerti , aku tak tahu apa yang dihadapi kerana aku tak ada di tempat mereka tapi adakah mereka memahami  apa yang aku alami ? Tidak . 


Allah tu kreatif  , Dia menduga kita dengan cara yang berbeza-beza supaya kita dapat melihat , mendengar , memahami serta bersyukur padaNya . Jika mahu dibandingkan dengan rakyat Palestine , Gaza .. rasanya terlalu kecil dugaan buat kita .. Allahuakbar ! 

Aku bukan manusia yang cekal atau yang hebat ..
Aku bukanlah sesiapa , hati aku pun tak setabah mana , aku juga selalu rebah seperti yang lain ..
tapi , aku tetap ingin meminjamkan telinga bagi mendengar segala cerita dan meminjamkan sedikit kekuatan yang masih tersisa  ..


                                Aku..
                                tidaklah setabah Sumayyah ,
                                tidak pula setanding Aisyah ,
                                Jauh sekali semurni Fatimah ,
                                Aku hanyalah insan yang lemah ..


Harapan ku agar mereka juga kan temui ‘hadiah teristimewa’ itu seperti mana orang-orang terdahulu menemuinya ..

walau dimana kita berdiri atau sejauh mana kita berlari , cari lah arah kiblat dan pandulah kehidupan dengan al-Quran insyaAllah hidup akan dirahmati Allah .. :)



-Love,SN-

Saturday, 13 July 2013

Bebaskan segalanya ... :)

Bissmillahirahmanirrahim …

Coretan masa lalu dah selamat di delete , semuanya dah terkubur . Maknanya jumlah post sekarang dah kosong balik ! yay !

Cuma mungkin post tentang arwah wan je yg akan di post semula nanti sebab post tu terlalu bermakna :'|

Hmm .. lepas ni tiada alasan lagi untuk menoleh kebelakang dan mempersoalkan sebab musabab berlakunya semua tu .

 Harus diakui payahnya melenyapkan segala kenangan di benak fikiran namun terpaksa aku gagahkan juga hati ini .. 

Alhamdulillah , suka duka yang telah diadun menjadi adunan keseimbangan dalam kehidupan ini telah pun ku terima seikhlas hati .

Kenangan manis di tanam jauh ke dasar hati , kenangan pahit pula dibiarkan berlalu seperti air yang mengalir pergi ..

Mungkin lebih baik melupakan dari terus mengingati  ,
kerana hati bimbang ,
andai ingatan menjadi  dendam ,
memori menjadi luka ,
sayang menjadi benci ..
dan redha hilang dalam diri  ..

Jadi mulai hari ini , tahun ini , saat ini ..
biar aku lepas semuanya pergi seperti debu-debu yang ditiup angin ..
hilang dimata , hilang dihati …

-love,SN-