Bismillahirrahmanirrahim ..
M A S A L A H , untuk mengejanya memang mudah tapi untuk menghadapinya begitu payah .. bagi sesetengah orang masalah tu adalah bebanan tapi bagi sesetengah orang pula masalah tu ‘hadiah istimewa dari Allah’
Bagi aku , masalah itu umpama sebuah pemandangan yang terlukis indah di atas sekeping kertas .
Ia mengalir lembut dalam nadi-nadi , mengiringi langkah bagai teman sejati .
Ia dibungkus dengan duri-duri tajam yang bakal melukakan tetapi isinya adalah keimanan dan ketakwaan .
Allah beri kita dugaan mungkin kerana Dia ingin menegur kita , Dia ingin kita menjadi hambanya yang lebih baik , lebih soleh dan solehah ..
Subhanallah ! sayangnya Allah pada kita , tetapi kita ? Adakah kita redha dan ikhlas menempuhinya ? Allahu .. :’(
Ayat seperti “Awak tak ada kat tempat saya , jadi awak tak tau apa yang saya rasa !”
“Awak cakap senanglah sebab awak tak lalui apa yang saya lalui !” sudah kerap kali hinggap di cuping telinga ..
Ya , mungkin benar kata mereka aku tak mengerti , aku tak tahu apa yang
dihadapi kerana aku tak ada di tempat mereka tapi adakah mereka memahami apa yang aku alami ? Tidak .
Allah tu kreatif , Dia menduga kita
dengan cara yang berbeza-beza supaya kita dapat melihat , mendengar , memahami
serta bersyukur padaNya . Jika mahu dibandingkan dengan rakyat Palestine , Gaza
.. rasanya terlalu kecil dugaan buat kita .. Allahuakbar !
Aku bukan manusia yang cekal atau yang hebat ..
Aku bukanlah sesiapa , hati aku pun tak setabah mana , aku juga selalu rebah
seperti yang lain ..
tapi , aku tetap ingin meminjamkan telinga bagi mendengar segala cerita dan
meminjamkan sedikit kekuatan yang masih tersisa
..
Aku..
tidaklah setabah Sumayyah ,
tidak pula setanding Aisyah ,
Jauh sekali semurni Fatimah ,
Aku hanyalah insan yang lemah ..
|
Harapan ku agar mereka juga kan temui ‘hadiah
teristimewa’ itu seperti mana orang-orang terdahulu menemuinya ..
walau dimana kita berdiri atau sejauh mana kita berlari , cari lah arah kiblat
dan pandulah kehidupan dengan al-Quran insyaAllah hidup akan dirahmati Allah .. :)
-Love,SN-
No comments:
Post a Comment