Walau tak ingin berlari.
Semakin jauh,
Walau tak berniat untuk pergi.
Hanyut dalam arus yang deras.
Mungkin mati,
Mati dalam hati.
Walau kaburnya pandangan.
Ingin kembali,
Walau payah mengatur langkah.
Bismillahirrahmanirrahim ..
Ya sahabat, aku ini tidak baik tapi aku teringin menjadi baik. Aku yakin kau juga begitu...
Ya sahabat, aku ini tidak layak untuk syurgaNya tapi aku teringin ke syurgaNya. Aku yakin kau juga punya impian sama...
Ya sahabat, kerana kau dihatiku maka aku ingin berpimpin tangan mencari redhaNya bersama-sama mu...
Ya Rabb, saat dia memilih cinta manusia wajarkah aku meninggalkan dia demi mengejar cinta Mu?
Ya Rabb, saat dia tertipu dengan dunia wajarkah aku membiarkan dia terus tertipu?
Ya Rabb, kerana sayang ku ini perlukah aku menjaga perasaannya sedang aku benci apa yang dibenci Mu?
Ya sahabat, dikala kau bercerita tentang keindahan kisah cinta mu dengan si dia aku tidak tahu respon bagaimana harus ku beri. Ingin mengiakan tapi ditegah Ilahi, ingin menyatakan benci tapi hati mu tak ingin aku lukai.
Ya sahabat, aku sudah lelah hingga kadang terasa ingin mengalah. Kiasan telah ku guna jujur juga sudah namun tak pernah kau endah.
Ya Rabb, andai saja memori bisa aku padam dan sayang bisa aku hapuskan pasti akan aku lakukan.
Ya Rabb, andai saja aku tidak terikat dengan tanggungjawab dakwah pasti aku tinggalkan dia dan biar dia hanyut dalam arus dunia akhir zaman ini.
Ya Rabb, hidayah itu milik mu. Pilihlah aku dan semua yang ku sayang untuk menerima taufiq dah hidayah mu. Beritahu lah dia bahawa matlamat itu tidak pernah menghalalkan cara.
Ya sahabat, hidayah itu perlu dicari bukan ditunggu. Carilah. Rebutlah hidayah Allah. Aku tak ingin engkau tertipu dengan dunia.
Sahabat, jika kau ingin membenci aku kerana teguran ini silakan tidak mengapa aku tidak terasa. Moga kau selalu dalam jagaan Dia.
Bye.
-SN-
Bismillahirrahmanirrahim ..
Pernah dulu orang tanya aku,
"kawan-kawan kau semua dah ada pakwe, kau bila lagi? Kau tak teringin ke?"
Tipu kalau aku katakan dalam hatiku ini tak pernah sedikit pun terdetik perasaan ingin dicintai dan mencintai makhluk yang berlawanan jenis dengan ku. Aku juga remaja sepertimu yang lautan hatinya bergelora.
Dunia cinta sering memanggil ku dengan gemersik suara dan melambai-lambai manja. Aku juga remaja seperti mu yang masih mentah dalam mengurus nafsu. Selalu saja nafsu merajai aku.
Perkataan couple sememangnya tak pernah ada dalam kamus hidupku. Tapi...
Aku juga seperti mu yang sukar untuk melarikan diri dari cinta yang tak sepatutnya. Aku juga pernah menyayangi dan disayangi suatu ketika dahulu atau dalam istilah lain aku pernah suka sama suka dengan dia.
Aku rasa bukanlah cetek ilmu itu masalahnya, sebab aku tahu bermain cinta tanpa ikatan yang sah itu bukan sahaja bahaya tetapi turut mengundang murka Dia. Tapi... mungkin... kurang penghayatan dalam ilmu agama itu penyebabnya. Belajar disekolah pun sekadar untuk lulus exam je...
Aku juga sepertimu yang pernah kecewa ditinggalkan dia. Aku pernah tertanya-tanya mengapa dia pergi begitu saja tanpa meninggalkan nota dan tiba-tiba aku dapat tahu dia dah ada yang punya.
Orang tanya "kau couple dengan dia ke?" Aku jawab "tak, suka sama suka" then orang cakap "oh tak couple takpelah sangat, takdelah aku kesian sangat kat kau"
Tapi pedih dia aku saja yang rasa.
Sebenarnya dari dulu aku tak nampak apa perlunya couple. Aku selalu tengok kawan-kawan aku terluka kerana cinta, tapi... aku diasak perasaan ingin cuba. Walaupun hanya suka sama suka. Bila semua kawan dah berpunya dan aku saja masih sendiri, kau rasa? Aku juga seperti mu yang sedang mencari arah tujuan yang benar, namun tersesat dijalanan.
Dan... bila aku cuba, aku tak selesa. Aku rasa itu bukan dunia ku. Itu bukan apa yang sebenarnya aku mahukan. Itu semua apa yang nafsu mahukan, bukan aku. Aku ingin keluar dari semua ini namun aku sudah terjerat dalam percintaan.
Bila cinta Allah memanggil, aku ingin berlari mengejarnya namun jalan keluarnya tiada ku temui. Aku juga seperti mu yang merasa payah melepaskan cinta di dunia.
Bukan mudah melupakan setiap manisnya janji. Bukan mudah melupakan apa yang telah lama sebati dalam diri. Bukan mudah melupakan keserasian dan kenangan manis dengan dia yang kita cinta. Aku juga seperti mu yang pernah merasa seksanya melepaskan semua itu pergi.
Allah itu maha adil. Disetiap cinta yang pergi diberi cinta baru dan ditambah nikmatnya. Bukan cinta dengan yang tak halal dicintai tapi cinta Dia yang hakiki. Aku lebih bahagia mencintai Dia. Tenang ku rasa, tiada dapat dicerita. Indah sungguh mencintai dan dicintai Dia.
Aku juga seperti mu yang selepas ditarbiah, masa silam masih mengejarku. Aku juga seperti mu yang merasa payah untuk istiqamah. Aku juga seperti mu yang merasa susah untuk tidak jatuh hati pada ajnabi.
Kadang bukan hatiku tak terusik bila ada cinta yang cuba mengusik. Tapi... cepat ku sedarkan diri dibumi mana aku berpijak. Kadang bukan hatiku tak terharu dengan manisnya ucapan cinta. Tapi... cepat ku kejutkan diri dari lena.
Cukuplah pengalaman dulu mengajarku. Couple ke suka sama suka ke itu bukan kunci bahagia wahai semua generasi muda yang ku cintai Lillahitaala. Itu hanya permainan syaitan untuk menjauhkan kau dari Sang Pencipta.
Aku tak tahu bagaimana aku bisa menyedarkan semua sepertimana aku disedarkan. Sesungguhnya hidayah itu milik Dia. Hanya Dia yang mampu membuka pintu hatimu jika engkau masih terjerat dalam dunia cinta tanpa ikatan sah. Semoga Dia membukakan jalan dan memberikan kekuatan buat mu.
Note: Kisah yang aku cedok dari sekeliling aku. Tak semua kisah ku. Aku juga mencedoknya dari teori buku.
-SN-
Bismillahirrahmanirrahim ...
Dan diam ini bukan kosong,
Dalam senyum ini,
Lincah mata memerhati,
Dalam bisu ini,
Telinga rancak merakam,
Perlahan kepala menggeleng,
Kadang,
Terzahir jua keluhan di bibir,
Hati terlakar remuk,
Bahasa tercoret sayu,
Darah muda membuak,
Semakin parah wabak menyerang,
Kian hilang darah sang pejuang,
Andai penularan wabak berleluasa,
Dan anak muda punah semua,
Maka siapa yang bakal menjadi pembela?
Dimanakah masa depan agama?